Header Ads

Pilihan Makanan Kambing Terbaik

Pilihan Makanan Kambing Terbaik. Jika anda ingin menceburi diri dalam bidang penternakan kambing, WAJIB kena tahu dalam menjaga dan memberi makanan terbaik haiwan ternakan kita. Kambing ini lebih dikenali dengan memakan apa saja seperti memakan tin atau plastik. Ia pastinya akan memudaratkan kesihatan haiwan itu. Jadi, anda yang akan menjadi penternak kambing berjaya, kena tahu apa yang harus dilakukan..

Pilihan Makanan Kambing Terbaik


Pilihan Makanan Kambing Terbaik


Di halaman ini admin cuba kongsikan sedikit jenis makanan kambing yang boleh diberikan. Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut selok belok menternak kambing, admin syorkan anda membaca Panduan Ternak Kambing ini. Jadi, antara makanannya ialah..

Satu, rumput Napier

Rumput ini mempunyai kandungan protien yang tinggi berbanding rumput-rumput lain. Selain itu, rumput ini juga tidak berduri atau bersisik. Ia tak akan mencederakan mulut kambing bila memakannya..

Dua, dedak

Campuran bahan-bahan tertentu dalam pembuatan dedak menjadikan ia makanan yang berkasiat tinggi dan sesuai diberi makan untuk mengemukkan kambing. Pastikan dedak dilembapkan dahulu sebelum diberi makan bagi mengelakkan debu-debu dedak masuk ke rongga hidung kambing..

Tiga, daun sawit

Ia diberikan makan oleh kambing bersama-sama dengan pelepahnya sekali. Daun sawit tidak dipotong bagi mengelakkan kambing memakan dengan lidinya sekali dan daun ini antara yang berkhasiat..

Empat, kulit pisang

Kulit-kulit pisang yang telah dimakan isinya dikumpulkan dan diberi makan pada kambing. Selain kulitnya yang lembut, khasiatnya yang tinggi sesuai diberikan kepada kambing..

Lima, garam jilatan

Kena diberikan makan kepada kambing bagi mengelakkan kambing terkena penyakit seperti cirit birit. Garam jilatan ini antara supliment untuk kambing anda. Nak kambing sihat dan gemuk, kena jaga betul-betul, kan..

Pilihan Makanan Kambing Terbaik



Okey, ini antara makanan kambing yang boleh dikongsikan untuk anda yang ingin menjalankan bisnes ini. Ini hanya sebahagiannya, apa yang pasti, banyak lagi limu menternak kambing yang perlu anda tahu..

Belajar lah dengan otai-otai penternak kambing yang berjaya..

Dan..

Di sini..

Admin hanya boleh kongsikan Panduan Menternak Kambing yang dikongsikan oleh Tuan Farid yang berpengalaman dalam bidang ini..

4 ulasan:

  1. Kambing juga sedap di makan.

    Namun proses menternak agak mencabar.

    BalasPadam
  2. aku suka makan lamb chop je.

    haha..

    BalasPadam
  3. Daging kambing sedap aw. Sedap dari daging lembu.. Favourite saya sekeluarga.

    BalasPadam
  4. Tak suka makan kambing .. tapi suami dan anak anak suka makan..

    BalasPadam