Header Ads

Belajar Cara Main Saham

Belajar Cara Main Saham. Mereka-mereka yang bermain saham ini di katogeri mereka yang serius dalam pelaburan. Mereka sanggup mengalami kerugian bila keadaan memaksa contohnya saham yang mereka beli mengalami kejatuhan. Mereka yang bermain saham ini kena serius kerana melibatkan wang ringgit, biasanya bukan sedikit modal yang digunakan untuk membeli unit-unit saham seperti yang diterangkan dalam Panduan Main Saham..

Belajar Cara Main Saham

Belajar Cara Main Saham


Jika anda masih baru dalam dalam permainan saham dan ingin belajar dalam pelaburan saham, anda seharusnya mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan oleh seorang pelabur..

Peraturan mestilah dipatuhi..


Melabur saham bermakna anda membeli saham dari syarikat-syarikat yang tersenarai dalam Bursa Saham Malaysia. Boleh katakan anda memberi modal pada syarikat-syarikat terbabit untuk perniagaan mereka. Keuntungan yang diperolehi dalam bentuk dividen atau kenaikan saham diberikan kepada pelabur-pelaburnya..




Bagaimana Nak Mulakan Main Saham

Anda nak mulakan main saham dan melabur saham terpilih di Bursa Saham. Pastinya anda kena ada dokumen ini terlebih dahulu, seperti..

Akaun CDF

Anda boleh mendaftar akaun CDF di bank-bank terpilih yang didaftar sah sebagai pelabur saham seperti ALLIANCE INVESTMENT BANK BHD, AFFIN INVESTMENT BANK BHD, CIMB INVESTMENT BANK BHD dan banyak lagi. Anda boleh tengok sendiri info tersebut melalui link Senarai Syarikat Broker Saham ini..

Selepas selesai mendaftar anda akan mendapat nombor akaun untuk membuka dashboard panel untuk pelaburan saham. Dari situ anda boleh membeli saham dari syarikat-syarikat yang terpilih..

Modal

Untuk membeli unit-unit saham modal tidak tidak tinggi seperti yang anda gambarkan. Ada RM1000 hingga RM3000 sudah cukup untuk anda melabur saham. Boleh katakan ia bergantung pada kewangan anda..

Cara Daftar Akaun CDF

Pertama, untuk pendaftarannya anda boleh pergi ke bank-bank terpilih, lagi senang kalau anda sudah ada akaun di bank CIMB..

Kedua, sebelum ke CIMB INVESTMENT BANK BHD. Fotostat dokumen anda seperti IC dan penyata bank. Ia memudahkan anda mendaftar dengan leboh pantas..

Ketiga, di kaunter CIMB INVESTMENT BANK BHD minta mereka membuka akaun CDF dan akaun bursa saham. Pendaftaran hanya RM10 manakala bursa saham free sahaja..

Keempat, isi maklumat dengan lengkap sehingga selesai pendaftaran. Masa itu anda akan diberikan no akaun CDF. Dalam seminggu surat-surat dari bursa saham akan menyusul..

Kelima, Selepas itu, mula la perjalanan anda untuk melabur saham..huhu..

Belajar Cara Main Saham


Panduan Main Saham  

Perlu di ingat, main saham ini bukan mudah. Ia memerlukan anda anda kemahiran dan ilmu untuk melabur unit-unit saham ini. Jika anda mencari panduan saham, kami boleh rekemen anda membaca Panduan Main Saham ini..

Orang pengalaman yang terbitkan panduan ini..

Jika anda melabur saham dengan kurangnya ilmu, akibatnya asyik mengalami kerugian saja. Jadi, baik anda membaca panduan dan mengetahui selok belok main saham dengan betul..

Sekian..

Terima kasih membaca artikel Belajar Cara Main Saham..

6 ulasan:

  1. ada juga beli saham, tp tak aktif..dua company je..huhu..
    high risk, high return..

    BalasPadam
  2. banyak benda yang kena teliti sebelum main saham

    BalasPadam
  3. Belum berpeluang nak main saham ni sebab ilmu terlalu cetek

    BalasPadam
  4. Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam
  5. BANYAK UNTUNG MAIN SAHAM NIH...

    BalasPadam
  6. Banyak betul tip main saham dalam ni.

    BalasPadam