04 April 2017

Panduan Untuk Mencari Kerja Dan Bekerja Di Singapura

Panduan Untuk Mencari Kerja Dan Bekerja Di Singapura. Adakah anda berminat bekerja di Singapura, jika betul-betul berminat bekerja di sana. Admin ada satu panduan yang dapat dikongsikan untuk anda, panduan ini menerangkan selok belok bekerja di Negara tersebut..

Umum mengetahui matawang Singapura dalam DOLAR..

Panduan ini ditulis oleh Puan Haniza yang bekerja sebagai perunding kerjaya dan berpengalaman bertahun-tahun bekerja di sana dan bekerjasama dengan agensi pekerjaan yang berdaftar di Singapura. Info lengkap panduan anda boleh melihat sendiri melalui link Panduan Kerja Singapura ini..

Panduan Untuk Mencari Kerja Dan Bekerja Di Singapura

Panduan Untuk Mencari Kerja Dan Bekerja Di Singapura

Tanpa membuang masa lagi, berikut admin kongsikan secara ringkas info yang anda akan dapat dalalam rujukan ini. Antara isi kandungannya ialah..

BAB 1 : STRATEGI MENCARI KERJA

Ya! Untuk mencari kerja, kita perlukan strategi. Di dalam bab ini saya tunjukkan anda bagaimana anda boleh mencari peluang kerja kosong di singapura hanya secara online sahaja. Ada 5 website utama yang boleh anda gunakan! 

Terdapat beribu peluang pekerjaan yang akan anda jumpai. Anda boleh lihat sendiri, berapakah gaji yang ditawarkan dan apakah syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon. Anda boleh pilih kerja apa yang anda mahukan!. 

Disini sahaja, anda sudah jimat masa dan beribu ringgit berbanding jika anda terus ke singapura untuk mencari kerja atau menggunakan khidmat agen untuk mencarikan kerja untuk anda.

BAB 2 : DOKUMEN-DOKUMEN PENTING

Ini bab yang sangat penting. Anda perlu tahu, apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk anda mencari kerja dan untuk anda masuk ke Singapura.

Undang-undang di Singapura agak ketat. Jika anda tercicir salah satu dokumen ini, anda mungkin tidak akan dibenarkan masuk ke Singapura dan mungkin tidak akan diterima bekerja.

Malahan, sesetengah dokumen, mereka mahukan dokumen yang ASAL! Dokumen fotostat mereka tidak layan!.
BAB 3 : PENGANGKUTAN

Ada beberapa cara anda boleh memasuki Singapura. Sama ada menggunakan kereta, motosikal atau bas. Setiap satu cara diterangkan di dalam bab ini.

Pengangkutan untuk bergerak di dalam Singapura juga turut diterangkan di dalam bab ini.

BAB 4 : TEMPAT PENGINAPAN

Jika anda sememangnya tinggal di Johor Bahru bersama keluarga, ini mungkin tidak menjadi masalah. Tetapi, bagi yang bukan berasal dari Johor Bahru. Anda perlukan tempat menginap sama ada sebelum mendapat kerja ataupun selepas mendapat kerja.

Jadi, dimanakah anda perlu menginap? Di dalam bab ini saya ada cadangkan tempat penginapan yang sesuai dengan kos yang rendah. Sesuai untuk penginapan sementara apabila anda sampai di Johor Bahru.

Malahan, saya tunjukkan juga cara-cara untuk anda mencari tempat tinggal yang tetap selepas anda mendapat pekerjaan di Singapura.

BAB 5 : HAL-HAL PENTING YANG LAIN


  • Di dalam bab ini, saya menerangkan hal-hal penting yang lain yang perlu anda tahu jika anda mahu bekerja di Singapura.
  • Apakah prosedur yang perlu anda lalui?
  • Perihal tentang gaji?
  • Siapa yang perlu membayar kos levi/permit kerja?
  • Bagaimana waktu bekerja di Singapura?
  • Bagaimana untuk solat? Adakah ruang solat disediakan?
  • Dimana untuk dapatkan makanan yang sedap dan murah?
  • Bagaimana pula dengan penggunaan telefon?
  • Apakah bahasa yang digunakan? Perlukah fasih berbahasa inggeris?



Semua persoalan diatas, akan terjawab di dalam bab ini! Info selengkapnya di Panduan Kerja Singapura..

Kelebihan Bekerja Di Singapura

Selain dengan gajinya dibayar berganda, untung la siapa-siapa yang dapat bekerja di Singapura. Ada lagi beberapa kelebihan bila anda bekerja di sana, antaranya ialah..

1. Pendapatan Meningkat Setara Dengan Kenaikan Nilai Matawang

Singapura adalah merupakan negara yang maju. Kedudukan ekonomi mereka sangat stabil dan sentiasa mengukuh dari semasa ke semasa. 2 tahun lepas, jika gaji anda berjumlah SG 1,000 sebulan.. maka, pendapatan anda ialah RM2,600, tetapi kini, jika gaji anda masih SGD 1,000.. pendapatan anda dalam ringgit malaysia ialah RM3,100. Tanpa perlu menunggu kenaikan gaji dari majikan anda.. gaji anda sudahpun bertambah!

2. Gaji Tinggi, Kos Hidup Rendah!

Anda pasti pernah mendengar tentang peluang pekerjaan memetik buah di Australia yang pernah hangat suatu ketika dulu... gaji yang ditawarkan, memang sangat lumayan.. RM15,000 sebulan katanya. Tapi, untuk bekerja di Austarlia, maka anda perlu tinggal di Australia juga. Ini menjadikan kos sara hidup anda juga tinggi. Jadi, ianya tidak memberikan anda apa-apa kelebihan pun sebenarnya.

Berbanding bekerja di Singapura, anda masih boleh menetap di Malaysia walaupun anda bekerja di negara maju (Singapura). Kos sara hidup rendah, tetapi gaji anda tinggi!

3. Mudah Berpatah Balik!

Berbalik kepada contoh bekerja sebagai pemetik buah di Australia, apabila di selidiki, pelbagai risiko lain boleh berlaku. Anda mungkin akan "dijual" oleh agen anda malahan ada juga majikan yang tidak mahu membayar gaji seperti yang dijanjikan! Jika semua kecelakaan ini berlaku, maka, untuk anda berpatah balik dan pulang ke Malaysia juga adalah sangat rumit dan sukar. Kos penerbangan untuk pulang ke Malaysia sahaja sudah memerlukan wang beberapa ribu ringgit. Akhirnya, anda terpaksa merempat di negara orang.

Berbanding jika anda bekerja di Singapura, jika apa-apa berlaku kepada anda... anda hanya perlu naik bas dan membayar tambang kurang dari RM50 untuk pulang semula ke Malaysia. :)

4. Sah & Kurang Risiko!

Apabila anda bekerja di Singapura, anda akan bekerja secara sah dengan menggunakan permit kerja yang dikeluarkan oleh Ministry of Manpower (Singapura). Anda kenal majikan anda dan ada dokumen perjanjian. Anda akan dilindungi oleh undang-undang buruh daripada penipuan majikan. 


Tiada isu majikan tidak membayar gaji seperti mana yang berlaku di negara-negara lain yang mana, anda masuk dan bekerja secara haram. Apabila anda bekerja tanpa permit, pihak majikan berani untuk tidak membayar gaji kerana mereka tahu, anda tidak akan mampu berbuat apa-apa sebab anda tiada permit kerja. Jika anda membuat laporan polis sekalipun, mereka tidak akan mengendahkan anda, kerana, dari sudut perundangan, anda tiada permit kerja dan anda tidak bekerja.

Panduan Untuk Mencari Kerja Dan Bekerja Di Singapura

Adakah anda tahu sekarang ini berapa perbezaan nilai matawang Singapura dengan matawang Malaysia. Buat masa ini, kadar tukaran matawang antara Singapore Dollar - Ringgit Malaysia  ialah sekitar 1SGD = RM3.10..

Anda bekerja sebagai tukang cuci pun dibayar MAHAL..

Jadi..

Jika anda betul-betul berminat bekerja di Negara tersebut, anda sesuai membaca rujukan ini dan belajar selok belok bekerja di sana. Anda baca, fahami dulu dan cuba buat apa yang diberikan dalam rujukan tersebut. In Sha Allah dengan usaha anda, akan berjaya mendapat pekerjaannya. Anda berminat ? Boleh klik Panduan Kerja Sinapura ini..

Sekian..

Terima kasih membaca artikel Panduan Untuk Mencari Kerja Dan Bekerja Di Singapura..

3 comments:

  1. siapa nak kerja sana kena rjuk ni.

    BalasPadam
  2. itulah kalo convert SG to RM memang kayo rayo hehe

    BalasPadam
  3. Moga membantu mereka yg ingin cari kerja di singapura.. info yg menarik :)

    BalasPadam