11 Februari 2017

Bagaimana Untuk Mengenali Ekzema Pada Bayi

Bagaimana Untuk Mengenali Ekzema Pada Bayi. Penyakit kulit ekzema ini satu penyakit yang ingin dielakkan terkena dalam keluarga kita. Elak-elak pun, ekzema tetap terkena, kan. Penyakit yang tidak boleh dielakkan. Dalam keluarga admin. Alhamdulillah, masih belum ada lagi yang terkena penyakit ini..

Bagaimana pulak dengan keluarga anda ?

Harapan admin semuanya bebas dari penyakit kulit ekzema ini..huhu. Bayangkan anda sebagai ibubapa, macam mana perasaan bila bayi mempunyai gejala penyakit ekzema. Pastinya bimbang tak terkata, kan..

Jadi..

Artikel kali ini admin fokuskan ekzema pada bayi. Bagaimana nak tahu bayi anda anda tanda awal terkena ekzema..


Bagaimana Untuk Mengenali Ekzema Pada Bayi


Bagaimana Untuk Mengenali Ekzema Pada Bayi

Okey, melalui pembacaan admin. Ada beberapa tanda ekzema yang dapat dikenalpasti terjadi pada bayi anda. Biasanya lebih kurang 10% akan berlakunya ekzema pada bayi. Antara tanda yang dapat anda tahu..

Pertama, tahun awal bayi dilahirkan

Selepas tahun pertama kelahiran bayi anda atau beberapa tahun kemudian, gejala ekzema akan mula muncul pada diri bayi. Ada jugak ekzema muncul semasa lahir dan 6 minggu selepas lahir..

Ada perbezaan ruam biasa dengan ruam ekzema. Biasanya ruam biasa akan hilang dalam beberapa hari atau minggu manakala ruam ekzema akan berterusan..

Kedua, kegatalan

Ruam yang kemerah-merahan dan pastinya gatal. Dengan faktor kegatalan ini membuatkan bayi selalu menggaru dan mengakibatkan kulit melecek..

Ketiga, Lokasi kulit terkena ruam

Lokasi kulit yang biasa terjadi ruam di muka, belakang kepala, siku, lutut. belakang telinga dan tangan. Jika ada tanda-tanda tersebut, sila perhatikan. Kalau ruan tersebut tidak sembuh, bawak jumpa doctor..

Keempat, keadaan ruam

Tengo keadaan ruam terbabit, biasanya ruam ekzema kemerahan dan bersisik tapi setiap individu mungkin keadaan ruam berlainan. Kulit menjadi tebal kerana selalu digaru..

Kelima, penyakit keturunan

Ada kemungkinan genetik dari ibubapa atau keturunan dulu-dulu akan diwarisi oleh anak-anak..


Bagaimana Untuk Mengenali Ekzema Pada Bayi

Apa yang pasti, jika ada tanda ekzema pada bayi anda. Sila berjumpa doctor untuk membuat rawatan dan sahkan betul ke tidak anak anda dijangkiti ekzema..

Ada boleh dapatkan info  >> Penyakit Kulit Ekzema Dan Rawatan

Sekian..

Terima kasih membaca artikel Bagaimana Untuk Mengenali Ekzema Pada Bayi..

6 comments:

  1. elok check bayi dari awal dan terus bawa jumpa doktor

    BalasPadam
  2. kena selalu la bawa pergi jumpa doc untuk cek kan

    BalasPadam
  3. kena jaga sistem imun anak.

    BalasPadam
  4. bc entry ni sy terfikr, mcm mn laa bayi2 yg alami dr keluarga miskin... nak berubat tp $$ menghalang...

    BalasPadam
  5. Alahai kesiannya baby yg kena ekzema ni.... gatal yg tak tahan tu

    BalasPadam
  6. Ooo... keturunan pun boleh menyebabkan penyakit nie jugak ye...

    BalasPadam