10 Kebaikan Berjalan Kaki

10 Kebaikan Berjalan Kaki. Admin suka bila pergi Taman Permainan Dungun (Terengganu). Selain bawak anak bermain permainan di sana, trek jogging jugak ada disediakan. Bagi mereka yang mementingkan kesihatan, selain beriadah bersama keluarga. Dapat jugak keluarkan peluh dengan berjalan kaki selain berjogging..

Pastinya anda balik dengan kepuasan..huhu..

Anda harus baca artikel kebaikan berjogging yang diterbitkan sebelum ini. Berbalik pada kebaikan berjalan kaki, banyak manfaat yang diperolehi untuk tubuh badan kita..


10 Kebaikan Berjalan Kaki 


Kebaikan Berjalan Kaki

Di Taman Permainan tersebut, apa yang membuatkan admin suka. Walaupun kawasannya kecil, di setiap satu-satu lokasi itu adanya tanda-tanda Kebaikan Berjalan Kaki..

Nampak usah apihak taman memberi kesedaran pada oran ramai..

Dan..

Kebaikan berjalan kaki sungguh istimewa, ia di anggap senaman paling sesuai kerana boleh dilakukan oleh sesiapa saja. Berikut secara ringkas senarai manfaat atau kebaikan berjalan kaki..

  • Menguatkan badan melawan penyakit
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Mencegah dan merawat kemurungan
  • Mencegah dan merawat penyakit kencing manis (Diabetes)
  • Mengurangkan risiko reput tulang (Osteoporosis)
  • Mencegah barah usus dan payu dara
  • Mencegah strok (Angin Akmar)
  • Menurunkan berat badan
  • Otak jadi lebih aktif dan sihat
  • Mampu meningkatkan keyakinan diri

10 Kebaikan Berjalan Kaki

Teknik Berjalan Kaki Dengan Betul

Untuk meningkatkan kesihatan ke tahap optimum, teknik berjalan kaki kena betul dan berkesan. Antara cara yang boleh anda amalkan ialah..
  1. Pastikan tumit kaki mencecah trek atau tanah terlebih dahulu kemudian bahagian-bahagian tapak kaki lain.
  2. Untuk permulaan, langkah pendek terlebih dahulu.
  3. Hayunan tangan yang sesuai memberi keberkesan dan membantu membakar kolori dengan lebih banyak.
  4. Ia jugak menguatkan otot-otot tubuh,
  5. Berjalan dengan memandang ke depan dengan tubuh diluruskan.
  6. Kawal pernafasan semasa berjalan, samada berjalan laju atau perlahan..
  7. Sekurang-kurangnya berjalan 4 kali seminggu..
Penerangan Teknik dan Kebaikan Berjalan kaki dengan ringkas sahaja..

Sebenarnya berjalan kaki ini boleh dilakukan di mana-mana saja. Yang paling best tempat berjalan ialah semasa shopping. Cari yang pusat beli belah yang besar-besar seperti MIDVALLEY..

Masa tu tidak sedar sudah berjam-jam berjalan..

Kira la berapa kalori anda terbakar setiap 1 jam. Secara purata kalori anda terbakar 120 hingga 140 setiap jam. Mudah jugak, kan hendak membakar kalori..

Dan..

Semoga kita semua mengamalkan kehidupan yang sihat..

Terima kasih membaca artikel 10 Kebaikan Berjalan Kaki..

{ 8 comments.. read them below or add one }

nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI 16 Januari, 2017 08:56
btoi. plg mudah p shopping mall. hehe
raihanah raihanah 16 Januari, 2017 09:22
parking jauh sikit, boleh jalan kaki jauh sikit
Jie Susanos Jie Susanos 16 Januari, 2017 12:51
Huhu..jnji sronok berjalan kaki..
Elih Japahar Elih Japahar 16 Januari, 2017 14:08
Sy pun suka parking jauh sikit..cara paksa wife berjalan kaki sikit, nk ajak jogging tak nak..parking jauh no choice kahkahkah :>)
Jie Susanos Jie Susanos 16 Januari, 2017 19:27
Haha..okey gak idea tu elih..jalan kaki jauh skit..
Khir Khalid Khir Khalid 17 Januari, 2017 11:49
Mmg bagus jln kaki ni kan.. fitnes yg tak berapa memenatkan tapi ada impak kesihatan yg sgt baik :)
Izni Hafiz Abdul Rashid Izni Hafiz Abdul Rashid 28 Januari, 2017 07:57
bagus info nie... at least dapat memberi kesedaran pada masyarakat betapa pentingnya untuk menjaga kesihatan...