04 Disember 2016

Kelebihan Bisnes Bakeri Dari Rumah


Kelebihan Bisnes Bakeri Dari Rumah. Dengan kemajuan intenet yang semakin pesat di Malaysia, ramai yang mengambil peluang ini dengan membuka bisnes dari rumah sepenuh masa atau secara sambilan. Terutama suri rumah yang awesome memulakan bisnes tanpa meninggalkan tanggungjawab seorang isteri..

Pastinya dapat minimumkan kos..

Banyak kelebihan bila menjalankan bisnes macam ni dan pastinya trend ini menjadi pilihan suri rumah atau lebih tepat, semua golongan masyarakat menyukai pilihan bisnes ini. Jika anda ingin mencubanya dan pilihan bisnes di tangan anda..


Kelebihan Bisnes Bakeri Dari Rumah


Bisnes Bakeri Dari Rumah

Pilihan bisnes yang boleh dicuba dari rumah adalah bisnes bakeri, anda boleh mencuba bisnes lain mengikut minat masing-masing. Katakan lah anda memang minat dalam pembuatan bakeri dan ingin mencari side income dalam kepakaran anda dalam membuat kek, kuih muih, cupcake dan sebagainya..

Anda minat tapi tidak tahu cara pembuatannya ?

Di sini anda boleh belajar melalui Nik Roslin Nik Men melalui panduan yang ditulis dalam bentuk ebook. Ia ditulis berdasarkan pengalaman beliau sendiri kerja dari rumah. Ada jugak kelebihan buat kerja sendiri ni..


Cara Buat Cupcake

Kelebihan Bisnes Bakeri Dari Rumah

Antara kelebihan Bisnes Bakeri dari rumah yang boleh dikongsikan untuk anda. Jadi, pastikan baca. Mana tahu berminat, yang suami boleh hadiahkan panduan ini kat isteri..hehe..

Kos Pemulaan Yang Kecil
Memandangkan anda memulakan bisnes  ini hanya dari rumah, jadi, anda tidak perlu membayar sewa kedai, dan tidak perlu membeli peralatan-peralatan yang besar dan mahal seperti rak simpanan kek, mesin juruwang, peti ais besar dan sebagainya.

Anda juga tidak perlu membayar kos pekerja yang hanya bertugas untuk menjaga kaunter sepanjang masa.

Anda boleh bermula hanya dari rumah dan menggunakan peralatan-peralatan yang sudah sedia ada di rumah anda!

Tidak Perlu Terlalu Menjual.
Untuk menjual produk bakeri anda, anda tidak perlu bersusah-payah menerangkan tentang produk anda sehingga berbuih-buih mulut sepertimana yang sering dilakukan oleh penjual produk-produk MLM! Cukup sekadar anda menunjukkan gambar dan harga! Jika mereka suka, mereka akan order!

Hanya Buat Berdasarkan Tempahan!
Ini adalah kelebihan besar bisnes bakeri dari rumah! Anda hanya perlu membuat kuih / kek / roti hanya selepas anda mendapat tempahan sahaja! Jadi, tiada risiko kuih/kek/roti anda tidak habis dijual sepertimana yang sering berlaku di kedai-kedai bakeri yang terpaksa membuang kuih serta roti-roti mereka yang tidak habis dijual.

Urusan Rumahtangga Masih Terjaga!
Ya! Memandangkan anda hanya membuat kuih di dalam rumah, maka, anda masih lagi boleh memantau dan menguruskan anak-anak anda. Urusan kerja dalam rumah juga masih boleh diteruskan seperti biasa. Perkara ini sudah pastinya akan melegakan perasaan suami anda yang mungkin risau andainya anda terabaikan urusan anak-anak apabila sibuk berniaga!


Sedikit saja yang dapat di dedahkan, sebaiknya ada dapatkan rujukan lengkap tersebut untuk mengetahui teknik-teknik yang beliau gunakan. Ada jugak bonus yang akan diberikan. Apa lagi, baca saja Panduan Bisnes Bakeri ini..


2 comments:

  1. Kalau kita pandai gunakan kelebihan yang kita ada, pasti akan memberi faedah dan kejayaan buat kita... Lapar la pulak bila tengok banyak makanan dalam entry nie...

    BalasPadam