Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd Penawar Asma Pada Bayi


Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd Penawar Asma Pada Bayi. Pernahkah anda mendengarnya ? Sudah pasti pernah mendengarnya, kan. Jika ada di kalangan anda yang masih belum menyedari adanya penawar untuk asma, batuk dan selesema di pasaran tempatan. Masanya untuk anda mengenali dengan membaca artikel ini..

Produk yang semakin popular di kalangan ibu bapa yang mempunyai bayi, bayi yang menghidapi penyakit asma. Ibu bapa mana tidak risau bila bayi mereka mengalami masalah asma. Dengan adanya minyak ini, In Sha Allah berkesan untuk bayi yang mengalami masalah tersebut.. 


Seperti yang kita tahu, penyakit asma ini susah untuk diubati. Lebih-lebih lagi pesakit asma perlu berhati-hati melakukan aktiviti harian. Jika terlebih melakukan aktiviti harian, ia mungkin menyerang anda secara tiba-tiba. Klau ada di kalangan keluarga anda terutama bayi menghidapinya, cuba guna produk ini keluaran syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd..


Minyak Herba Asmak


Minyak Herba Asmak Penawar Asma Pada Bayi
Biasanya penyakit asma bergantung pada ubatan kimia dan inhaler untuk meredakan asma yang menyerang dengan mengejut. Maka, dari situ Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd mengeluarkan produk untuk merawat pelbagai penyakit. Melalui kajian terperinci bertahun-tahun maka terhasilnya produk ini..

Ia diperbuat 100% dari bahan semulajadi seperti pati gamak, minyak kelapa dara, mintak zaitun, habatussauda dan herba-herba terpilih. Seperti yang kita tahu, bahan-bahan semulajadi itu memang ada keistimewaan tersendiri..

Ia patut ada dalam simpanan anda tidak kira di rumah atau dalam beg, memudahkan anda bila ada masalah dalam perjalanan ke mana-mana. Minyak ini tidak panas dan ia berangin, sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat dari bayi hingga dewasa.  Lebih penting minyak ini HALAL kerana diperbuat dari bahan-bahan tertentu..

Dihasilkan menggunakan teknologi nano, dijamin selamat untuk digunakan oleh pesakit asma tanpa ada kesan sampingan, 100% selamat. Dan tidak mengandungi bahan aktif yang tinggi, sesuai digunakan untuk semua terutama bayi dan kanak-kanak..

Minyak Herba Asmak Mujarab Sdn Bhd

Secara ringkasnya, minyak yang mempunyai pelbagai kegunaan terutama penawar asma. Syarikat yang menawarkan dan berkongsi kebaikan rawatan semulajadi yang lebih neutral dan selamat untuk seisi keluarga..

Lebih selesa orang kata..hehe..

Menjadi pengeluar produk berasakan herba kepada masyarakat dengan harga mampu milik. Dengan menjaga kualiti produk dan membantu perniaga kecil menambah pendapatan..
  

Fakta Minyak Asmak Yang Anda Harus Tahu?

Sedikit fakta yang kemungkinan anda harus tahu tentang minyak ini. Mana tahu selepas anda membaca, tertarik dan hendak jadi agen minyak ini. Antara faktanya..

  • Kami ambil masa yang lama untuk menjalankan R&D minyak ini agar ianya selamat dan berkesan lebih cepat.
  • Kandungan Minyak yang telah menjalani R&D lebih selamat, lebih suci, tidak "overdose" bahan tertentu dan tidak mengandungi bahan aktif yang tinggi.
  • Minyak Asmak juga lebih mesra kulit di mana peratusan alahan pada herbanya tersangat rendah.
  • Ia lebih cepat menyerap di kulit, sebab itu ramai yang mengakui keberkesanannya jauh LEBIH CEPAT.
  • Ia  berangin dan ianya mengikut piawaian yang ditetapkan.
  • Ia bukan sahaja berkesan untuk asma, semput, lelah, batuk, kahak,selsema, gigitan serangga,luka, terkena api tetapi juga berkesan untuk sakit perut, bengkak, lenguh, buasir, sembelit, senggugut, membantu melancarkan darah, sakit kepala, migrain,resdung, sakit gigi, strok dan ulser..

Ramuan Minyak Asmak
Bahannya seperti yang diterangkan di atas dan kenapa bahan tersebut selalu di jadikan rujukan dan rawatan dalam perubatan moden atau tradisional. Pastinya kerana bahan tersebut istimewa dan semulajadi dalam bidang perubatan. Antara bahannya..

Pati Gamat
  • Diperbuat daripada ekstrak gamat yang diproses secara saintifik. Mengandungi formula semulajadi tanpa bahan kimia yang berbahaya dan kaya dengan peptida kompleks, mukopolisakarida, vitamin, zat galian dan asid amino bebas..
  • Penahan sakit yang semulajadi dan bebas dari kesan sampingan, sesuai untuk penyakit sengugut..
  • Meningkatkan ketahanan tubuh badan..
  • Mengatasi masalah kekejangan otot..
  • Mengurangkan bengkak dan anti tumor..

Minyak Zaiton
  • Ia dari dulu lagi digunakan untuk tujuan kecantikkan dan mempunyai anti oksidan yang mampu merawat pelbagai penyakit seperti asma. Antara rumusan setiap gram, contoh..
  • Merawat penyakit asma..
  • Mengurangkan kadar glukosa dalam darah..
  • Untuk mengatasi masalah kulit seperti parut..

Jumlah Setiap 100 g
  • Calories (kcal) 884
  • Lipid 100 g
  • Kolesterol 0 mg
  • Natrium 2 mg
  • Kalium 1 mg
  • Karbohidrat 0 g
  • Serabut diet 0 g
  • Gula 0 g
  • Protein 0 g
  • Vitamin A 0 IU   Vitamin C 0 mg
  • Kalsium 1 mg   Besi         0.6 mg
  • Vitamin D 0 IU   Vitamin B6 0 mg
  • Vitamin B1 0 µg   Magnesium 0 mg

Minyak Kelapa Dara
  • Ia 100% organik dan diperbuat menggunakan kelapa matang berkualiti. Mengandungi nutrien seperti vitamin E yang mampu mencegah penyakit jantung..
  • Menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru..
  • Membantu mengurangkan berat badan..
  • Pemangkin sistem ketahanan tubuh badan..

Habatussauda
  • Ia mengandung kalsium, zat besi, sodium, dan potassium yang diperlukan dalam tubuh untuk menjaga berat badan..
  • Mampu mengurangkan tekanan darah..
  • Mengawal penyakit kencing manis (diabetis)..
  • Meningkatkan daya ingatan..

Kegunaan Produk

Herba ini bukan saja sebagai penawar asma, banyak lagi kegunaan yang pastinya berkesan untuk seisi keluarga dan peringkat umur. Orang kata guna selalu, In Sha Allah berkesan. Antara kegunaannya yang lain..
  1. Semput
  2. Batuk
  3. Berkahak
  4. Lelah
  5. Selsema
  6. Gigitan serangga
  7. Luka
  8. Terkena
  9. Sakit perut
  10. Bengkak
  11. Lenguh
  12. Buasir
  13. Sembelit
  14. Senggugut
  15. Melancarkan peredaran darah
  16. Sakit kepala
  17. Migrain
  18. Resdung
  19. Sakit gigi
  20. Strok
  21. Ulser

Cara Menggunakan Minyak Ini
Banyak kegunaannya Minyak Herba Asmak, kan. Wajib ada satu dalam rumah anda. Biasanya cara rawatannya di permukaan kulit sahaja, tapi tengok keadaan penyakit anda itu. Sedikit kaedah rawatan yang dapat dikongsikan..

Sakit Kepala
  • Sapu pada dahi, dada dan belakang tengkok..
Cirit birit
  • Sapu di bahagian bawah perut.
Senggugut
  • Sapu ketika datang haid dan ketika sakit di bahagian bawah perut.
Selsema
  • Sapu sedikit di dalam hidung,atas hidung hingga ke ubun ubun
Demam
  • Sapu seperti batuk tetapi turut sapu di dahi
Sakit gigi
  • Sapu pada gigi yang sakit dan juga pipi

Video 5 Tanda Awal Penyakit Asma 

Anda patut tahu jika bayi atau kanak-kanak menghidapi penyakit asma melalui tanda-tanda padanya. Di sini sedikit video yang dapat dikongsikan, jom manfaatkan melalui video tersebut..


Okey, video ini pun anda sudah menonton, jika anda tanda-tanda awal asma pada bayi anda. Sila ambil tindakan segera dengan berjumpa doktor atau menggunakan minyak asmak..

Anda banyak lagi video asma dalam website dan channel youtube mereka. Anda boleh mendapatkan infonya melalui link di bawah sekali. Apa lagi, terus subscribe channel mereka..

Apa Itu Penyakit Asma 

Disebut jugak lelah, pesakit akan mengalami kesukaran bernafas. Ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing) dan sesak nafas.. 

Pesakit asma pada bayi atau kanak-kanak

Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20 peratus. Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat.

Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun.

Manakala, 50 hingga 60 peratus akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun. Sementara, 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh.


Serba sedikit info yang dapat di kongsikan tentang permasalahan penyakit asma di kalangan orang dewasa dan bayi yang dipetik melalui wikipedia. Bila ada penyakit macam tu, kita kena usaha sikit mencari ubatnya. In Sha Allah, penawarnya ada di luar sana..

Tanda Atau Gejala Penyakit Asma Pada Bayi

Berikut sedikit perkongsian tanda awal penyakit asma pada bayi yang boleh dijadikan rujukan. Sekiranya anda gejala ini pada bayi anda, segera berjumpa doctor untuk mencari penawar asma..
  • Selalu Batuk
  • Terdengar seperti orang sesak nafas
  • Berkahak
  • Anda ada keturunan penyakit asma
  • Bayi susah bernafas
Penawar Asma Pada Bayi

Jika bayi atau kanak-kanak anda menghidapi penyakit asma, minyak ini memang sesuai digunakan sebagai penawar asma pada mereka. Cara penggunaannya disertakan sekali semasa pembelian..

Diberikan pamplet untuk anda..

Ringkasnya, sapu pada bahagian leher hingga ke dada Sapu jugak di belakang tengkok, lagi sapu pada telapak kaki dan labu betis. Sedikit perhatian pada bayi, ibu bapa mengamalkan menepuk belakang badan bayi (bahagian kiri kanan) dengan gaya tangan c-cup..

Tujuannya memudahkan kahak dan hingus keluar dari tempat berkumpulnya bahan tersebut. Elok dilakukan selepas mandi, sebelum tidur dan ketika subuh..


Cara Mengetahui Produk Ini Original Atau Tiruan

Bila anda hendak membeli minyak ini, sila berhati-hati dengan minyak tiruan. Oleh sebab produk ini meningkat naik di Malaysia, ada pihak tidak bertanggungjawab mengeluarkan produk tiruan untuk keuntungan semata-mata. Perkara ini akan menyebabkan syarikat tersebut terjejas.


Minyak Herba Asmak Penawar Asma Pada Bayi

Produk yang aku perolehi dari pihak mereka, setakat ini masih belum ada lagi tanda hologram. Melalui sumber yang diberikan oleh pihak mereka, mereka akan menggunakan hologram meditag yang sah dari KKM sahaja. Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada lagi hologram. Jadi, berhati-hati membeli produk ini. Ada perbezaan pada label sama ada yang lama mahupun baru..
Anda kena jadi pengguna yang bijak. Jadi, pastikan anda order atau membeli produk ini dari syarikat, agen dan pengedar yang sah.. Boleh minta ID untuk memastikan ketulenan produk..

Harga Produk 

Okey, harga minyak ini dalam RM39.00 setiap satu botol dan mempunyai kandungan 30ml. Anda boleh dapatkannya melalui agen-agen yang sah berhampiran kawasan anda. Atau berminat jadi agen, nanti akan diberikan link mereka..


Testimoni Minyak Herba Asmak Penawar Asma Pada Bayi

Pengalaman Sendiri

Foto tersebut antara kata-kata puashati pengguna menggunakan Minyak Herba Asmak ini pada bayi atau ahli keluarga. Ada berpuluh-puluh testimoni yang boleh dijadikan rujukan dalam FB dan website mereka..

Aku pun turut mencuba produk mujarab ini..

Macam biasa bila berjogging akan mengalami sakit-sakit otot pada kaki dan betis. Test sapu pada tempat sakit, selepas sapu dalam beberapa kali. Sakit tersebut semakin hilang, berkesan minyak ini..
Minyak Herba Asmak Penawar Asma Pada Bayi

Bedak Asma

Selain itu mereka juga telah mengeluarkan produk baru yang diberi nama Bedak AsmaIa diperbuat dari tanah liat putih yang paling berkualiti dan merupakan produk kelas premium..

Rawatan alternatif untuk semua jenis penyakit kulit seperti panau, gatal, kudis buta, ekzema, ruam dan kurap.Ia sesuai untuk peringkat umur seperti bayi dan kanak-kanak..

Dan..

Menjaga kesihatan dan kecantikan kulit. Harganya dalam RM38.00 tidak termasuk pos. Jadi boleh dapatkannya melalui agen atau pengedar berdekatan yang berdaftar..


Minyak Herba Asmak Penawar Asma Pada Bayi

Berminat Menjadi Agen ?


Syarikat tersebut ingin mencari agen merekaSekiranya berminat nak mencuba atau nak menjadi agen,boleh ke link di bawah atau hubungi terus  :

Hotline HQ : 019 - 970 8897

Website rasmi syarikat : http://mham.com.my/

Website Minyak Herba Asmak :

Fb Page :

Minyak Herba Asmak HQ


Boleh jugak untuk sebarang pembelian. Berminat, boleh lah menghubungi mereka dengan maklumat tertera di atas. Perkongsian info berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pihak admin syarikat dan melalui sumber intenet. Jika anda sebarang kesalahan sila inform melalui komen..

Minyak Herba Asmak Penawar Asma Pada Bayi


Apa yang menarik, kotak simpanan Minyak Asmak jugak boleh dijadikan tabung. Ia seperti foto yang anda lihat di atas. Menarik bukan ! Takde la terbuang begitu saja, boleh dijadikan tabung untuk anak-anak dan mendidik mereka dari kecil lagi..

Minyak Herba Asmak Penawar Asma Pada Bayi

Dapatkan Nasihat Dari Agen Sah MHAM

Jika anda telah mendapatkan minyak ini dan beriktiar sebagai Penawar Asma dan pelbagai kegunaan lain. Anda akan mendapatkan nasihat, rundingan dan cara menggunakan minyak ini dengan berkesan..


Ia penting untuk keberkesan cepat dan terbaik..

Berdasarkan masalah yang anda hadapi. Boleh la anda bertanya apa-apa yang berkaitan dengan produk ini. Jadi, dapatkan nasihat dari mereka yang terpilih oleh MHAM..

Terima kasih membaca artikel Minyak Herba Asmak Penawar Asma Pada Bayi..


{ 20 comments.. read them below or add one }

Elih Japahar Elih Japahar 29 November, 2016 05:22
Terbaik artikel ini..penerangan cukup jelas..produk ni memang mujarab, sesuai utk seisi keluarga
Jie Susanos Jie Susanos 29 November, 2016 09:39
Haha.kerana contest punya pasal elih..letih nk tulis panjang2.. Jom sape2 nk join contest minyak herba asmak..
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI 29 November, 2016 09:55
yg ni asmak ke asma.
Tgk yg original tu mcm gmbr len. ke yui slh tgk..huhu
Jie Susanos Jie Susanos 29 November, 2016 11:10
dh tukar yui..dah jadi minyak herba asmak..huhu
Lisa Nurulain Lisa Nurulain 29 November, 2016 12:54
minyak ni kaler macam ubat batuk. hahah memang btul leh kurangkan bengkak. sapu kt ibu jari aritu dah agak membaik
Jie Susanos Jie Susanos 29 November, 2016 19:26
minyak herba asmak ni mmg caler mcm ubat batuk..tapi utk sapu ler..huhu
Shiqeen Sattar Shiqeen Sattar 29 November, 2016 21:26
good sharing...anyway good luck!
Nur Khairul Azizi Mohamad Nur Khairul Azizi Mohamad 30 November, 2016 09:46
Assalamualaikum...Bagus minyak Herba Asmak ni...MYiDEAKiNi pun dah jadi salah seorang pengguna. Sapu dibahagian hidung sbb resdung. Sangat berangin setelah di sapu. Resdung & gatal pun dah hilang. Anyway Good luck untuk kontest ni yer...Jemput singgah blog MYiDEAKiNi nanti. Terima kasih :)
dear anies dear anies 30 November, 2016 10:37
rasa nk dapatkan laa sebotol hari ni... byk kegunaannya tu
Jie Susanos Jie Susanos 30 November, 2016 11:21
jiw belum test minyak herba asmak untuk resdung..huhu..bus la resdung sdh hilang slpas pakai herba asmak..
Jie Susanos Jie Susanos 30 November, 2016 11:57
boleh buba dptkan satu anies..
Ahmad Ahmad 01 Disember, 2016 22:22
kasihan sekali kalau bayi sudah terkena asma .......
Aju Mohit Aju Mohit 01 Disember, 2016 23:09
good luck ya, ulasan yang amat terperinci
Jie Susanos Jie Susanos 03 Disember, 2016 15:30
huhu..good luck jgak buat bro..
Umi Wish Umi Wish 19 Disember, 2016 00:51
minyak herba asmak ni saya guna untuk rawat anak selsema, bgs la minyak ni
Jie Susanos Jie Susanos 22 Disember, 2016 11:32
HUHU..JIKA KAK KATA GITU.. MOLEK LA..
Jie Susanos Jie Susanos 07 Januari, 2017 21:10
Huhu..xsangka mnang hadiah saguhati..