Jana Wang Dengan Blog Melalui Affiliate



Jana Wang Dengan Blog Melalui Affiliate. Setiap mereka yang punya blog, pastinya teringin blog yang dihasilkan mampu menjana wang. Kalau boleh setiap hari, setiap minggu atau setiap bulan ada saja income yang diperolehi hanya melalui blog..

Pernahkah anda membaca sahabat-sahabat blogger kongsikan cara mereka jana wang dengan blog melalui affiliate. Mesti pernah, kan. Aku pun suka dengan program affiliate, jika perhatikan dalam blog ini, kebanyakkan promosi affiliate..

Anda yang belum pernah mencubanya, apa kata ambil peluang ini jana wang dengan blog melalui affiliate. Di Malaysia banyak program affiliate yang anda boleh join. Tiada dikenakan apa-apa bayaran untuk daftar, free sahaja..


Jana Wang Dengan Blog Melalui Affiliate
Berminat, terus join..


Jana Wang Dengan Blog Melalui Affiliate



Secara ringkasnya affiliate bermaksud satu teknik memasarkan dan mengiklankan produk di internet. Program Affiliate ialah apabila anda menjadi orang tengah (agen)mempromosikan produk orang lain melalui link affiliate dan akan mendapat komisen dalam jumlah tertentu jika ada orang membeli produk tersebut melalui link affiliate anda..(kredit sumber | klik sini)

Seronok bila dapat komisen..hehe..

Ada beberapa cara hendak promosi link afiliate, promosi dengan kreativiti anda sendiri. anda boleh pilih melalui blog, melalui media sosial, email marketing, banner iklan dan sebagainya. Ada ilmu dalam teknik SEO, lagi bagus..
Buat duit dengan blog
Contoh komisen yang aku dapat bulan lepas..



Senarai Program affiliate Di Pasaran Malaysia

Jika anda berminat untuk mencuba, aku senaraikan sedikit program affiliate di Malaysia. Dijamin tidak menipu dan komisen yang anda perolehi dibayar setiap bulan. Ada jugak dibayar setiap minggu, bergantung pada admin program tersebut..



Panduan Jana Wang Dengan Blog

Info terbaik untuk anda, jika betu-betul hendak tambah side income dengan blog. Kalau anda tiada teknik yang betul hendak promosi afiliate, susah nak cari makan. Perkara ini pun jugak berlaku pada aku..

Dari situ aku cari panduan untuk menambahkan skill..

Dan..

Aku boleh syorkan satu panduan untuk anda, panduan ditulis oleh Ahmad Faizi iaitu "buat duit dengan blog". Berminat boleh baca. Tidak berminat, abaikan..huhu. Ingat slogan untuk diri sendiri.. Jangan Mudah Putus Asa..


Sekian untuk artikel kali ini. Terima kasih membacanya, semoga mendapat something atau manfaat melalui artikel ini. Please share, komen atau follow +Google Jie Susanos tanda sokongan anda..


{ 18 comments.. read them below or add one }

paridah paridah 15 November, 2016 15:27
TERINGIN NK CUBA TAPI XBERAPA PANDAI
E'in E'in 15 November, 2016 15:40
mungkin boleh cube nanti..
Elih Japahar Elih Japahar 15 November, 2016 23:55
Website serius media - buat duit dgn blog ni macam tak boleh buka je...website affilite masih ada ke tak ni?
Amin Hakim Amin Hakim 15 November, 2016 23:58
Saya pernah cuba affiliate nie.. kalau pandai main seo dan copywriting, memang masyuk woo
Jie Susanos Jie Susanos 16 November, 2016 00:04
eh xboleh buka plak..mungkin serve down kot..
Jie Susanos Jie Susanos 16 November, 2016 00:05
haha..cuba baru pandai kak..
Jie Susanos Jie Susanos 16 November, 2016 00:06
btul tu tuan amin hakim..ada skil tu boleh masyuk..
mejuez mejuez 16 November, 2016 13:58
Nice, suka juga main affiliate ni sebenarnya... Sekarang ni memang focus satu affiliate je, Involve Asia.. memang masyuk >_<
Jie Susanos Jie Susanos 16 November, 2016 15:35
terbaik la tuan mejuez dpt main affiliate involve asia..
azzahairi sulaiman azzahairi sulaiman 16 November, 2016 17:46
Yang nak jana income dgn blog blh lah try program affiliate yang disenaraikan tu. :-)
Jari Manis Jari Manis 17 November, 2016 07:59
Semua di hujung jari skrg ni rajin or malas je..byk tu dpt kita ni harapkan nuffnang je tp sendu
Khir Khalid Khir Khalid 19 November, 2016 01:11
Peluang rezeki bagi baik affiliate ni kan
sabree hussin sabree hussin 20 November, 2016 10:54
Program affiliate ni join je, promosi je. Dapat ke tak dapat komisen tu belakang kira. Tapi yang lebih penting masa promosi tu kena la ada strategi dia
Encik Said Encik Said 23 November, 2016 15:06
saya pun nak try jugaklah jana income dgn blog ni..nak daftar program affiliate yang jie senaraikan tu :-)
Nur Khairul Azizi Mohamad Nur Khairul Azizi Mohamad 30 November, 2016 11:08
Setakat ni fokus dengan affiliate klikjer.com, yang lain so far tak dapat merasa komisen...Sedih kan... :(