Cara Semak Baki Pinjaman PTPTN Online Dan SMS



Cara Semak Baki Pinjaman PTPTN Online Dan SMS. Pastinya ramai yang membuat pinjaman ptptn, kan. Maklum lah ia adalah bantuan pinjaman untuk graduan-graduan meneruskan pengajian sehingga tamat pengajian..

Anda disarankan guna pinjaman dengan bijak tanpa menyalahgunakan keistimewaan tersebut. Yang sudah tamat pengajian dan sudah bekerja, adakah anda sudah melunaskan pinjaman ptptn? Jika belum, sudahkan anda Semak Baki Pinjaman PTPTN Online Dan SMS..

Kini anda boleh semak pinjaman ptptn dengan lebih cepat dan pantas, ia melalui keadah online dan sms. Sebaiknya anda membuat pembayaran secara tetap setiap bulan dengan pemotongan gaji, cara ini lebih memudahkan anda melangsaikan hutang ptptn dengan lebih cepat..
Cara Semak Baki Pinjaman PTPTN Online Dan SMS

Cara Semak Baki Pinjaman PTPTN Online Dan SMS

Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah menyediakan perhidmatan ini untuk memudahkan anda menyemak baki ptptn tanpa pergi ke pejabat atau cawangan mereka..

Dan..

Sila perhatikan cara-cara tersebut..

Cara Semak Baki Pinjaman PTPTN

1. Layari Laman Web PTPTN..(Klik Sini)
2. Klik Ikon Penyata Pinjaman..(Klik Sini)
3. Klik Link PENYATA KIRA-KIRA PINJAMAN KONVENSIONAL
4. Masukkan No Kad Pengenalan dan No Pinjaman PTTN anda
5. Semak

Cara Semak Baki PTPTN  SMS

1. Taip PTPTN<jarak>BAKI<jarak>No Kad Pengenalan<jarak>No PIN
2. Hantarkan SMS ke 15888

Untuk makluman peminjam, sila dapatkan no pin/ no pinjaman dengan menghubungi talian Hotline PTPTN di 03-2080 4455 atau menghubungi melalui akaun Twitter rasmi PTPTN..(Klik Sini


Setiap SMS yang dihantar akan dikenakan caj RM0.15 dan RM0.20 untuk penerimaan SMS..

Kredit Sumber | Klik Sini

Tawaran PTPTN Diskaun 10-15% Bayaran dari Bajet 2017

Tawaran PTPTN Diskaun 10-15% Bayaran dari Bajet 2017

Anda berita gembira untuk anda yang masih ada pinjaman ptptn, melalui bajet 2017 pada bulan oktober yang lalu. Perdana Menteri memberikan tawaran diskaun 10% hingga 15% untuk melunaskan pinjaman tersebut..

Berkuatkuasa pada 22 Oktober 2016 sehinggalah 31 Disember 2017..

Tawaran ini sehingga penhujung disember 2017, anda ambil la peluang tersebut untuk membuat bayaran balik pada pihak PTPTN. Diskaun ini bertujuan menggalakkan peminjam membuat bayaran balik..

Tawaran Diskaun 15%

Semua peminjam PTPTN (termasuk yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan) yang membuat penyelesaian keseluruhan baki hutang pinjaman mulai 22 Oktober 2016 hingga 31 Disember 2017 layak mendapat kemudahan ini..

Tawaran Diskaun 10%

  • Semua peminjam yang membuat bayaran balik sekurang-kurangnya 50% daripada keseluruhan baki hutang  pinjaman yang diterima pada bulan yang sama adalah layak.


  • Semua peminjam yang membuat bayaran balik melalui saluran Potongan Gaji atau Direct Debit mengikut amaun yang ditetapkan/ dipersetujui.

Anda jugak boleh check berapa baki pinjaman selepas diskaun..Klik Sini


Semakan Perkhidmatan Lain PTPTN


Semakan Perkhidmatan Lain PTPTN

Selain itu ada pelbagai perkhidmatan ptptn yang boleh disemak melalui SMS. Anda boleh rujuk cara semakan seperti di atas. Antara semakan yang boleh dirujuk dan memerlukan perkhidmatan tersebut dengan cepat..

  • Semakan baki deposit akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
  • Semakan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP)
  • Semak Baki Pinjaman Ujrah dan Pembiayaan Konvensional
  • Semak Kelayakan Pelepasan Cukai SSPN-i


Rujukan Sumber | Klik sini

Banyak kemudahan yang diberikan oleh ptptn untuk anda, sila gunakan perkhidmatan mereka sebaik mungkin dan mesra alam.. huhu. Okey, Sekian blogpost ptptn kali ini dan belum lagi tawaran untuk SSPN-i..

Anda jugak boleh jadi ahli affiliate mereka.. (SSPN-i). Jadi lah rakan affiliate mereka..


{ 8 comments.. read them below or add one }

Elih Japahar Elih Japahar 21 November, 2016 21:35
Perkongsian bergunaa..syukur sy dah habis bayar loan PTPTN ni, dulu bayar habis terus dapat ujrah 4%..
Atie Yusof Atie Yusof 22 November, 2016 10:02
TQ info..penting utk semak segala hutang dgn PTPTN ni.. moga di permudahkan urusan pembayaran hutang...
Junaidy Jaimi Junaidy Jaimi 22 November, 2016 22:06
Mudah lah kalau nak tengok jumlah terkini baki hutang PTPTN yang belum dibayar..memudahkan graduan untuk buat semakan..
Amin Hakim Amin Hakim 22 November, 2016 23:17
Dah senang nak bayar hutang PTPTN sekarang nie.. Jadi, takde alasan tuk peminjam tak nak bayar hutang
Khir Khalid Khir Khalid 23 November, 2016 09:58
Info yg bagus utk rujukan dan peringatan yg berkenaan hutang PTPTN ni... bayar jngn tak bayar tau hehee :)
raihanah raihanah 23 November, 2016 11:29
mudahlah nak rujuk skrg ni, online je
Encik Said Encik Said 23 November, 2016 15:05
Sekarang ptptn dah start potongan secara mandatori..ramai yang kena... :-)
Lallanina Lallanina 24 November, 2016 17:01
Pinjaman PTPTN selalu ada beri diskaun untuk menggalakkan bayar balik. Maka penghutang adalah baik untuk merebut peluang ni dan membuat bayaran utk jimatkan wang.