Pengalaman Dengan Google Adsense. Pengalaman aku dengan google adsense memang sedih betul, ikutkan hati tak nak lagi dengar perkataan adsense dalam kamus hidup aku..huhu. Tapi, sayang pulak kalau tidak apply adsense..
Satu kerugian tidak pasang iklan google adsense di blog..
Melalui adsense, anda dapat menjana income melalui blog. Selain itu anda jugak boleh baca artikel buat duit dengan blog yang diterbitkan sebelum ini. Ada pelbagai cara nak hasilkan wang di blog yang awesome ini..
Pengalaman Dengan Google Adsense
Sedikit penkongsian pengalaman nak lulus akaun google adsense, rasanya ramai yang mengeluh sebab nak lulus adsense ini bukan mudah. Begitu jugak dengan aku, bermacam-macam cara aku gunakan nak bagi pihak google suka dan terima blog ini..
Alhamdulillah, akhirnya lulus..
Pihak google lulus akaun ini kalau tidak silap bulan 6 lepas dan sekarang blog ini sudah ada banner dan ad text dari google adsense. Gembira la aku akan ada hasil jana income dengan blog dalam nilai wang USD..
Haha..
Itu pun kalau berjaya..
Tapi..
Aku tahu..
Bukan mudah nak dapatkan hasil dengan adsense ini..
Doa-doakan aku berjaya..
Tips Lulus Google Adsense Cara Aku
Ada sahabat-sahabat blogger yang meminta sedikit tips dari aku untuk lulus adsense, jadi tidak mahu menhampakannya dan anda semua. Apa yang aku buat untuk lulus ?
- Bina satu blog dalam bahasa inggeris. Terseksa aku tulis blog dalam bahasa inggeris,sedih giler. huhu. Anda tahu la bila seseorang tidak berapa pandai tulis inggeris, habis hancur tulisannya. Nasib baik ada google translate..
- Tulis post dalam 20 atau 30, lepas tu cuba apply..
- Kandungan blog anda berkualiti. Seminggu dalam 2 post tapi info ada kualiti..
- Banyakkan mencari info-info adsense..
- Jika gagal, apply lagi... dan lagi. Itu la yang aku buat sehingga lulus..
- Dapatkan panduan raja adsense. Ini aku beli, banyak ilmu yang dapat dipelajari..
- Kandungan artikel jangan copy paste hak orang lain..
- Dan jangan mudah putus asa..
Harap tips ini bermanfaat, info yang tidak seberapa ini dapat menolong anda lulus adsense. Pengalaman aku yang masih lagi cetak dan masih mencari-cari ilmu nak naikkan income adsense. Harap akan berhasil..huhu..
Dan..
Jangan risau kalau blog ada bahasa melayu, pemohonan anda untuk apply adsense diterima..In Sha Allah kena syarat, lulus..