Betul, kan..
Mini beg untuk lelaki, ye..hehe..
Senang ada mini beg, semua barang letak dalam tu. Dompet, handphone, powerbank dan macam-macam lagi la janji muat beg. Tak la ketat seluar tu, ini macam-macam ada dalam saku seluar, nak jalan pun susah. Ada beg ini, nak keluar, sangkut jer di bahu, terus jalan..haha..
Beli Mini Beg Online Di Instagram
Atas pertolongan kawan bagi ID penjual tersebut, jumpa jugak mini beg yang berkenan. Kali ini beli dari perniaga di instagram, ini jugak kali pertama aku beli online dari instagram. Sebelum ini jarang aku beli online, biasanya lazada menjadi pilihan jika membeli..
Nak cuba cara berurusan dengan penjual di instagram..
Mana tahu suatu hari nanti aku pulak berniaga online di instagram..huhu. Boleh katakan memang aku suka pilih barang dalam tu, mudah dan penjualnya senang dihubungi. Terus deal, dalam 3 atau 4 hari. Barang sampai, seperti foto yang anda lihat di atas..
Menarik Bisnes Di Instagram
tigajalur, owesome, kan nama instagramnya. Banyak item dalamnya seperti beg, kasut, baju, jacket dan seluar. Item yang dijual pun dari jenama yang terkenal iaitu adidas. Anda boleh tengok sendiri IGShop tersebut. Mana tahu ada yang berkenan, boleh sambar terus..
Nak belajar berniaga online pun boleh..
Sebab tu ramai yang beralih arah berniaga online di instagram. lagi menarik, foto-fotonya pun awesome. Apa-apa pun aku dah tercapai hajat nak beli mini begnya. Tunggu orang belanja nak beli yang lain pulak..haha..