06 Ogos 2016

Daftar Haji Untuk Anak

Daftar Haji Untuk Anak. Alhamdulillah, musim untuk menunaikan haji telah tiba. Jika ada di kalangan anda yang sedang membaca artikel ini, ada yang bertuah untuk menunaikan haji pada tahun ini, bertuahnya anda..

Semoga mendapat haji yang mabruh...

Bila teringatkan aku daftar haji dua tahun lepas, tarikh yang diberikan oleh pihak tabung haji, tak salah aku pada tahun 2040 baru boleh pergi haji. Terbeliak biji mata aku masa tu..huhu.. Lamanya..


Daftar Haji Untuk Anak


Daftar Haji Untuk Anak

Dan kali ini daftar haji untuk anak pulak. Sejak dia baru lahir, aku terus buat akaun tabung haji. Buat simpanan sikit bulan-bulan untuk anak melalui potongan gaji. Dan murahnya rezeki anak masa raya hari tu, cukup untuknya daftar haji..

Terus daftar di tabung haji kerteh..

In Sha Allah, semoga dapat pergi haji masa tengah muda. Waktu muda ini la sesuai untuk menunaikan haji, orang kata tengah kuat dan gagah. Tapi makcik-makcik dan pakcik-pakcik pun tetap gagah..huhu..

Cara Daftar Haji

Ikutkan mudahnya daftar haji, rasanya tak tulis pun tak apa. Tapi memastikan anda tak blur macam mana nak daftar nanti, aku tulis ringkas jer..

  • Pastikan warganegara Malaysia dan Islam..
  • Buka Akaun tabung haji..
  • Cukupkan sampai RM1300.00..
  • Cakap di kaunter nak daftar haji..
  • Staf  tabung haji akan settlekan..
  • terima penyata ringkas anda sudah daftar
  • selesai..
  • Nak terbaik tanya staf bila boleh pergi haji..huhu..

Guna KWSP pun boleh, janji cukup jumlahnya..

cara daftar haji
Ini salinan daftar haji..


Kesedaran Memunaikan Haji

Dulu, Ibubapa orang susah, jadi tak dapat la nak buat macam ini. Tapi tak apa, usaha sendiri lagi bagus. Bila sudah kerja, mujur la ada kesedaran untuk daftar haji. Dan syukur dapat daftar untuk isteri dan anak jugak..

Siapa tak teringin ke Mekah dan rasai pengalamannya..


Dan.

Buat rakan blogger dan penbaca blog Jie yang akan menunaikan haji dan akan berangkat tak lama lagi. Buat yang terbaik..


17 comments:

  1. macam mana nak follow blog ni?

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah... tahniah. Besar keberkatannya ni. Semoga dipermudahkan serta dilancarkan segalanya... aamiin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin.. semoga membawa keberkatan..

      Padam
  3. Sama la kita, saya pun dah daftar haji minggu lepas, untuk anak-anak tak cukup lagi jumlahnya..InsyaAllah nanti nak daftarkan mereka juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhu..hari dh baca di blog akak..

      Padam
  4. saya pun belum daftar lagi..sungguh leka la dengan dunia

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena laju2 lA BRO hanafi..

      Padam
    2. mudah-mudahan saya diberi kekuatan untuk melakukan perkara ini tuan..

      aamiin

      Padam
  5. Saya sudah daftar... tak ingat la pulak bila tahun dapat perginya... :d

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha..jie pun tak berapa ingat jgk..

      Padam
  6. Alhamdulilah dah daftar pun utk anak anak. Tp diaorang bakal pergi masa umur diaorang 50 tahun nanti hihi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhu..tahniah kak..

      peka utk anak2..

      Padam
  7. Alhamdulillah dah daftar untuk ke tiga2 anak..semoga anda semua dijemput Allah ke sana

    BalasPadam
  8. x rugi aftar haji awal..itu pun anggaran je 2040 kalau rezeki cepat aa org tolak leh pergi awal ins haa Allah

    BalasPadam
  9. Yeahhh.. Saya dah daftarkan haji untuk anak-anak saya... kebetulan dapat suggestion daripada orang TH..hehe

    BalasPadam