Cara Berkesan Mulakan Bisnes Di Instagram

Cara Berkesan Mulakan Bisnes Di Instagram. Hari ini kita cool sikit, kita bercerita pasal instagram. Media sosial yang makin top dan popular di seluruh dunia. Boleh katakan setiap seorang mesti ada akaun instagram, jika anda tiada akaun instagram ?

Errr, nak kata apa ea..

Pergi daftar akaun instagram cepat-cepat..

Banyak manfaat dan faedah yang boleh anda dapat daripada instagram, salah satunya anda boleh menggunakannya untuk memulakan bisnes di instagram. Jika anda ada produk dan ingin mula bisnes, manfaatkan media sosial seperti instagram..


Cara Bisnes Online


Cara Berkesan Mulakan Bisnes Di Instagram

Aku hanya aktif di instagram dalam bentuk peribadi, jauh sekali sebagai jualan online di instagram. Tapi suka tengok item dari perniaga online seperti baju, kasut, wallet dan sebagainya. Selain itu fotonya yang cantik, media sosial yang lain kalah kalau bab foto dalam instagram..

Sebab itu semakin ramai memilih untuk Bisnes Di Instagram..

Tapi..

Kalau tidak tahu cara bisnes online, kemungkinan untuk mengalami kerugian tinggi. Jadi, cari la ilmu atau info sebanyak mungkin jika anda ingin mulakan bisnes di instagram. Anda pelbagai panduan yang boleh dijadikan rujukan, antara salah satu "Panduan Instagram Kaboom" ini..


Langkah Mulakan Bisnes Di Instagram

Aku hanya kongsikan sedikit isi kandungan dalam panduan instagram kaboom atau anda boleh dapatkan rujukan penuh panduan tersebut..

Bahagian Pengenalan


Dalam bahagian ini, saya cerita formula asas cara memasarkan produk di Instagram. Apa step-by-step yang anda kena ikut secara ringkas. Sebelum pergi advance, anda kena tahu ilmu asas ini.



Ia umpama gambaran umum, supaya anda nampak dengan jelas: “Oh, ini yang aku kena buat dulu…”. Ia penting agar anda tidak tersipu-sipu selepas baca ebook ini.


Bahagian 2: Apa Itu Instagram?

Pada bahagian ini, saya akan kongsikan serba-ringkas tentang Instagram. Daripada segi fungsi, ciri-ciri & manfaat yang anda boleh lakukan.

Jangan terkejut! Walaupun anda dah guna Instagram sebelum ini, namun masih ada fungsi anda tak tahu. Tunggu & lihat yer….

Bahagian 3: Kenapa Kedai Online Instagram?

Untuk pastikan seseorang membuat keputusan memulakan sesuatu. Mereka perlukan sebab yang kuat untuk bermula…

Atas dasar itu, saya wujudkan satu bahagian khas untuk bantu anda bermula. Saya serius nak bantu anda.

Saya tak mahu anda rugikan duit anda untuk ilmu yang tak diamalkan. Pada bahagian ini, saya ceritakan 4 sebab utama kenapa anda perlu bermula menjual di Instagram..

Bahagian 4: Langkah-langkah Meletupkan Jualan Di Instagram

Saat yang ditunggu telah tiba. Pada bahagian ini, anda akan ditunjukkan secara praktikal.

Apa yang anda perlukan untuk buka kedai IGShop di Instagram? Bagaimana cara-caranya? Apa yang perlu anda skip (langkau) & apa yang perlu diberikan perhatian?

Apa elemen wajib yang mesti ada dalam kedai anda? Ada 6 elemen penting mesti anda lengkapkan sebelum jual apa-apa produk atau servis. Semua akan ditunjukkan.

Bahagian 5: Bina Follower.

Ini adalah bahagian paling bernilai. Ada kedai sahaja tak cukup kalau orang tak tahu kewujudan kedai anda. Anda kena ada follower yang…

Targeted – Memang minat produk atau servis anda.
Aktif – Jenis yang suka like, komen & tag rakan mereka.
Real – Manusia sebenar bukan robot.
Ya, inilah kunci kejayaan besar berniaga di Instagram. Untuk mendapatkan ketiga-tiga ciri follower ini, saya bahagikan kepada 2:

Kaedah Mekanikal. (saya akan ajar)
Kaedah Organik. (saya akan ajar).
Saya akan perincikan untuk anda nampak gambarannya…

Bahagian 6: Berinteraksi Dengan Follower Anda.

Bab ini ramai orang fail. Ramai yang saya lihat, bila dah dapat ramai follower. Terus upload gambar produk. Jual, jual & jual.

Itu bukan caranya. Nanti dulu, belum masanya lagi menjual.

Saya akan tunjukkan 9 rahsia & petua untuk berinteraksi secara santai dengan follower. Saya beri contoh bergambar. Semua ada dalam ebook ini!

Saya bocorkan satu aplikasi canggih yang saya guna untuk cipta keunikan dalam gambar anda yang anda post. Tak perlu upah designer…

Ingat! Instagram mengutamakan gambar. Gambar cantik, follower suka. ?

Bahagian 7: 9 Point Emas Posting Dalam Instagram!

Bahagian akhir, saya berikan anda 9 panduan penting dalam melakukan posting di akaun instagram anda. Anda boleh gunakan 9 tips yang saya berikan di dalam bab ini untuk memaksimakan reach dan engagement bagi setiap post yang anda hasilkan.

Nak tahu cara-caranya? Ada saya kongsikan ia dalam bahagian ini. Ia akan membuatkan post anda mendapat lebih banyak respon daripada biasa!

cara mendapatkan followers instagram
Cara Mendapatkan Follower Di Instagram

Foto atas, rahsia yang owner panduan tersebut gunakan untuk mendapatkan follower dengan berkesan dan foto anda mendapatkan like yang banyak di instagram. Macam mana cara yang beliau praktikkan, aku pun tidak tahu..


Dan..

Apa kata anda tonton sedikit video cara berniaga di instagram..



Okey, sudah tonton videonya, ya..

Apa-apa pun dalam apa jua perniagaan jangan mudah putus asa. Cabaran demi cabaran yang akan ditempuhi sebelum berjaya..

Jangan ingat senang nak berjaya dalam bidang ini..

Jadi..

Jadi la seorang yang cekal jika ingin berniaga online di instagram, rugi perkara biasa dalam bidang ini. Berminat nak bisnes di instagram, boleh la dapatkan panduan tersebut melalui pautan ini..






{ 21 comments.. read them below or add one }

Hanafi Abdullah Hanafi Abdullah 18 Ogos, 2016 19:46
saya ada akaun Instagram..tapi tak sempat sangat nak layan
Jie Susanos Jie Susanos 19 Ogos, 2016 14:19
jie pun ada tapi kurang guna..panduan ni kalau ada yang minat untuk bisnes di instagram la..
Jari Manis Jari Manis 19 Ogos, 2016 20:21
boleh jana duit melalui media sosial tp akaun instagram kurang aktif..follower pun x ramai
Hanafi Abdullah Hanafi Abdullah 21 Ogos, 2016 09:27
kalau ada barang nak jual bolehla main Instagram bro
Hafizul Hafizul 22 Ogos, 2016 12:25
Huhhh.. Mantap habis sekarang ni.. pelbagai sumber buleh buat duit.. nak ngn tak nak jer yang tinggal..hehe
zool zool 22 Ogos, 2016 23:01
belum lagi cuba instagram untuk bisnes.. masih suka2 je
Hero Borneo Hero Borneo 24 Ogos, 2016 06:42
selepas ini boleh la kita buat instagram untuk bisnes pulak
Khir Khalid Khir Khalid 27 Ogos, 2016 01:07
Instagram mmg menyeronokkan... tak berapa kecoh berbanding fb... cool jer... :) :)
Jie Susanos Jie Susanos 01 September, 2016 01:17
haha..bro hanafi ada barang ke..boleh la buat bisnes di instagram..
Jie Susanos Jie Susanos 01 September, 2016 01:27
huhu..sama la..panduan bisnes di instagram ini sbg rujukan utk mereka yg nak berniaga online..
Jie Susanos Jie Susanos 01 September, 2016 01:36
mantap yg mcm mana tu bro..

sumber bisnes di instagram semakin menjadi2..
Jie Susanos Jie Susanos 01 September, 2016 01:44
jarang2 yg cuba bisnes di instagram..bila bisnes mmg happy la..
Jie Susanos Jie Susanos 01 September, 2016 01:50
kmah..bro khir buat bisnes di instagram ke..hehe
Jie Susanos Jie Susanos 04 September, 2016 19:01
Sesuai la gitu berniaga di instagram..
Jie Susanos Jie Susanos 04 September, 2016 19:02
Tringin gak nak cuba berniaga di instagram..
Jie Susanos Jie Susanos 04 September, 2016 19:03
Biasa yg suka2 la dlu lpas tu serius berniaga di instagram..
Jie Susanos Jie Susanos 04 September, 2016 19:04
Atau berniaga di instagram..hihi
Tanpa NamaTanpa Nama 27 September, 2016 01:58
Benda ni ada lagi ke? sebab sy pergi kt instagram @instakaboom.malaysia last dia update february 20. saje bertanya, if ada lagi saya nak buat.
Jie Susanos Jie Susanos 27 September, 2016 09:38
Ada lagi tuan..

Sbb sy pn baru beli panduan bisnes aiskrim ni..
Tanpa NamaTanpa Nama 27 September, 2016 14:39
Kalau macam tu boleh la saya beli ebook ni
Jie Susanos Jie Susanos 27 September, 2016 15:42
Bleh tuan jika berminat menjual di instagram..