Kenangan Hari Raya 2016

Kenangan Hari Raya 2016. Alhamdulillah tahun ini dapat beraya bersama keluarga, selepas 2 tahun beraya di tempat kerja. Bila terkenang balik, sayu jer hati ini..huhu. Tuntutan kerja untuk umat islam di Malaysia..

Jadi tahun ini, bersyukur di hari raya..

Kenangan Hari Raya 2016 memang seronok dan mengharukan. Selain menyambut Aidilfitri bertiga, sejarah kali pertama dapat berfoto bersama ahli-ahli keluarga besar Cik Hamid (Abah). Boleh katakan keluarga aku susah nak berfoto bersama..


Kenangan Hari Raya 2016

Gaya free style, lucu pulak tengok abah..haha..


Malam Sebelum Hari Raya

Boleh katakan memang letih, banyak persiapan yang perlu di buat. Kena cari bahan-bahan nak buat Tapai dan Lemang, belum lagi bahan-bahan nak masak di hari raya. Masak Lemang, abang aku settlekan..hehe..

cara buat lemang
Lemang

cara buat tapai
Tapai

Memang lama nak tunggu lemang masak, ada la dalam 6-8 jam, rasanya dalam pukul 2 pagi siap bakar lemang. Next raya kena fikir dua tiga kali la..haha..

Foto Hari Raya 2016



 

Sebenarnya aku segan nak letak foto sendiri dalam blog ini, fikir dua tiga kali. Tapi tak apa la, sebagai kenangan hari raya tahun 2016..huhu..

Bersyukur Di Hari Raya

Bersyukur, di hari raya ni la dapat berkumpul dan berjumpa semua adik beradik. Berbual dengan saudara atau rakan. Setahun, belum tentu dapat berjumpa. Jadi, hargai dan bersyukur diberi peluang merasai NIKMAT sementara yang di anugerahkan Allah S.W.T..

{ 28 comments.. read them below or add one }

paridah paridah 16 Julai, 2016 11:53
WAH SERONOKNYA BERAYA...SALAM LEBARAN MAAF ZAHIR BATIN
Mazni Munawar Mazni Munawar 16 Julai, 2016 19:13
seronoknya bakar lemang! tahun ni kt kampung tk bakar lemang pun, dulu selalu juga buat lemang sndiri :D
selamat hari raya!
ikhwan yusuff ikhwan yusuff 16 Julai, 2016 21:35
Happy tengok ayah tu... Takpe jgn segan untuk abadikan dlm blog kita kan.. SHRMZB .. :D
mrhanafi mrhanafi 16 Julai, 2016 22:18
wah bro nampak hensem dan padan dengan orang rumah...

saya pun segan nak publish gambar sendiri dalam blog..
azzahairi sulaiman azzahairi sulaiman 18 Julai, 2016 01:02
Gaya sporting dari ayah jie. Selamat hari raya jie. Tahun dpn bakarlah lemang lagi ye. :-)
Khir Khalid Khir Khalid 18 Julai, 2016 11:49
Wahh meriah... salam ceria Aidilfitri dan maaf zahir batin buat Jie sekeluarga ye... :) :)
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI 18 Julai, 2016 15:00
samalah..yui pun kali prtama tahun ni ada gmbr lengkp. sblm ni jgn hrp
Nik Khazami Nik aziz Nik Khazami Nik aziz 18 Julai, 2016 22:35
seronok je nampak bakar lemang.. seumur hidup saya tak pernah bakar lemang
Encik Mus Encik Mus 19 Julai, 2016 14:25
Selamat hari raya..
indahnya dapat beraya bersama insan tersayang
Jie Susanos Jie Susanos 20 Julai, 2016 01:28
slmt hari raya..rumah jie pn kali pertama buat..
Jie Susanos Jie Susanos 20 Julai, 2016 13:01
haha...tetap segan ikhwan..
Jie Susanos Jie Susanos 20 Julai, 2016 14:43
haha..tu la yui..tak lengkap lg ni yui..
Hafizul Hafizul 22 Julai, 2016 23:20
Wahhh.. saya pun cadangnya raya pas ni nk bkr lemang.. mesti meriah nanti nya.. hehe
aRz MoHa aRz MoHa 26 Julai, 2016 14:02
Selamat hari raya....bestnya bakar lemang time raya
hainom OKje hainom OKje 26 Julai, 2016 19:35
Selamat Hari Raya maaf zahir batin JS...betul tu time Raya ni jerlah dpt berkumpul dgn adik beradik. Hari lain mmg susah le....
hainom OKje hainom OKje 26 Julai, 2016 22:45
Selamat Hari Raya maaf zahir batin JS...betul tu time Raya ni jerlah dpt berkumpul dgn adik beradik. Hari lain mmg susah le....
Noriza Abdul Rahman Noriza Abdul Rahman 05 Ogos, 2016 22:04
Semangat abah ya dengan gaya freestyle tu