Modal Memulakan Bisnes Air Balang
Kalau sebut pasal modal, ianya bergantung pada anda samada nak menjalankan BISNES AIR BALANG secara kecil atau besar. Ada baiknya kalau anda baru nak berjinak-jinak dengan bisnes ini, mulakan dengan modal yang rendah..
Tapi itu atas anda sendiri..
Satu perkara yang anda perlu tahu, bisnes air ini untungnya BESAR. Kos permulaan serta kos harian untuk menjalankan bisnes air ini juga agak rendah.
Anda boleh memulakan bisnes air balang ini dengan modal permulaan di bawah RM1,000. (Kos membeli kanopi, meja, serta balang air)
Manakala, kos untuk membuat air pula, sekitar RM100 setiap hari, (bergantung kepada jenis air yang anda mahu jual).
Dari Segi Untung
Contoh, jika anda mahu menjual air soya, kos untuk membeli 1kg kacang soya dan 2 beg ais, adalah sekitar RM12 sahaja. Namun setelah di proses menjadi air soya dan dimasukkan ke dalam balang air untuk dijual, anda boleh menjualnya sebanyak 120 cawan. Jika setiap cawan di jual dengan harga RM1.00... Bermakna anda sudah memperolehi RM120... Peningkatan sebanyak 1,000% dari modal yang dikeluarkan.
Begitu juga dengan air-air yang lain.... Kadar keuntungan kasar bisnes air ini. Selalunya adalah 500% ke atas berbanding kos modal yang dikeluarkan.
Modal serendah itu, peralatan yang perlu dibeli..
Balang Air
Harga satu balang air adalah sekitar RM150, jika mahu beli 15 balang sekaligus, modal yang diperlukan untuk membeli balang sahaja sudah RM2,250. Rasanya untuk permulaan 3 balang air sudah cukup..
Kanopi
Guna kanopi lebih sesuai untuk berniaga dan kanopi pun ada pelbagai saiz. Ada yang bersaiz 8x8 kaki (harga RM150)dan 10x10 kaki(harga RM190 - RM250). Saiznya mengikut kesesuaian tapak..
Kaki Besi Meja Lipat & Papan Lapis Meja
Kaki besi meja lepak harganya dalam RM 50 hingga RM80 dan untuk papan lapis dalam RM15 sekeping..
Setakat ini saja yang dapat dikongsikan untuk memulakan Bisnes Air Balang. Ini rujukan ringkas saja yang dapat dishare untuk anda. Untuk mendapatkan rujukan penuh, klik banner yang diberikan di bawah..
Berminat, jangan menoleh ke belakang lagi.. Terus maju..
Tapi rasa kakak yg dah tua ni tak mampu dahlah Jie nak business
Buat adik-adik yg ada cita-cita business bolehlah..