Angin yang bercampur dengan air laut masin, kalau kena pada besi memang cepat la berkarat. Contohnya ring kereta paling mudah sekali berkarat. Jadi. kalau tak dijaga, memang cepat nampak tompok-tompok pada pada bahagian kereta. Ini Kesan Kalau Abaikan Penjagaan Kereta..
Cerita melalui pengalaman sendiri..
Kos Baiki Kereta Akibat Sikap Sambil Lewa
Pelbagai masalah yang berlaku kepada kereta berpunca daripada sikap atau ilmu yang kurang lengkap dalam menyelenggara sebuah kereta sendiri. Anda tidak perlu jadi seorang mekanik atau melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah dalam Automotif untuk menjaga sebuah kereta..
Berikut adalah contoh kos yang perlu ditanggung oleh salah seorang pelanggan kereta bengkel bapa saya. Pemilik kereta ini tidak menjaga keretanya dengan baik dan hanya tahu "main bawa" sahaja. Akibatnya, kereta beliau terpaksa di "overhoul" kerana terdapat kebocoran pada bahagian radiator serta pelbagai lagi masalah pada kereta beliau. Lebih parah lagi, kereta beliau adalah kereta buatan korea yang sememangnya agak sukar untuk mencari alat gantinya dan harganya juga agak mahal..
6 Kesan Abaikan Penjagaan Kereta
Itu antara contoh kos yang perlu kita keluarkan oleh sebab kecuaian diri sendiri. Selebihnya lagi kesan yang perlu kita tahu..
- Enjin kereta akan selalu panas.
- Enjin perlu dioverhaul di bengkel.
- Enjin terasa berat sedangkan originalnya ia lebih terasa ringan dan selesa dipandu.
- Kereta jadi bising tak tentu hala.
- Dashboard kereta akan Nampak bertompok-tompok.
- Dan banyak lagi.
Inginkah kereta anda jadi macam tu ? Siapa pun tak mahukan.. Semuanya inginkan kereta yang tip top diluar mahu pun di dalam. Jadi, jangan malaskan diri anda untuk memberi penjagaan kereta yang optima..
Kesimpulan
Sayangnya beli kereta mahal-mahal tapi tersadar tepi pagar..
Jadi..
Ambil sedikit masa untuk membaca info-info berkaitan kereta ini. Sehari 10 minit dah cukup kot..hehe..
Atau pun..
Pergi web tipskereta dan miliki tips-tipsnya, klik jer banner atau link yang disediakan di bawah..