Oleh kerana aku selalu balik kampung dan selalu lepak kedai Jual Burger berhadapan dengan rumah aku. Selalu juga dapat diskaun bila beli burger, maklum la yang jual burger tu sepupu aku..haha..
Loni masuk tahun ke berapa dah dia jual burger, nampaknya keuntungannya pun dah berganda-ganda. Dulu, masa dia mula-mula buka kedai burger, hampir setahun slow jer keuntungannya..
Masa tu aku pernah tanya dia, "berapa yang dia dapat semalaman". Tak banyak, kalau hari biasa dalam 70 atau 80 ringgit. Hari minggu tu dapat la 100 ringgit lebih. Sambil-sambil sembang tu dapat la burger free..hehe..
Tapi nampak dia happy jer, mungkin bekerja sendiri kot. Tak stress dengan bos yang selalu push dari belakang, dia bos dan dia la kuli. Apa yang Jie suka, disiplin dia dalam berniaga. Sentiasa buka kedai burger tepat pada masanya dan setiap hari kedai dia beroperasi, jarang sangat di tutup..
Kedainya biasa jer, macam di pasar malam. Burgernya memang sedap dan harganya murah sikit dari tempat lain. Sebab tu sekarang ini ramai jer pelangannya..
Itu kisah dulu la..
Kisah Jual Burger
Dan ini kisah yang di kongsikan oleh Kak Zakie, Owner blog Titisan Nurani. Sebelum tu aku ada terbitkan artikel Cara Mulakan Bisnes Burger. Beliau meninggalkan komen dan dapat la aku kongsikan bersama pembaca..
Kakak nak cerita panjang sikit sebagai peransang. Driver lori tempat kakak ni gajinya cuma RM2300/- anak tiga isteri tak kerja. Tapi mereka bijak. Isteri dia tiap hari buat karipap dan nasi lemak masuk bekas transparent tu tiap pagi hantar restoran cina. Laku sebab org cina suka nasi lemak dia. Pandai kan
Driver kakak ni malam dia jual burger. Dulu memula satu malam dia cuma dpt 50-70 ringgit aje. Tapi masuk tahun ke dua dia boleh dapat 300-400 sebulan. Sekarang ni dia boleh dapat 2000-3000 sebulan. Tapi dah ada seorang pembantu dan isterinya juga kadang-kadang. Lokasi cantik tempat tumpuan org dan sedap. SO jgn takut org sekarang ramai yg malas masak, nak senang beli burger. Boleh cuba tapi jgn tinggalkan kerja. Buat malam aje..
Dah baca ke kisahnya ? Dua-duanya suka berniaga dan perniagaan yang dipilih ialah bisnes burger. Modalnya tak besar dan pulangannya berlipat kali ganda. Mereka dah dapat pulangan yang setimpal dengan usahanya..
Kalau korang minat berniaga dan pilihan korang ialah bisnes burger. Mesti korang search google cari maklumat secukupnya untuk memulakan bisnes. Panduan mulakan bisnes burger secara detail telah menerangkan langkah-langkah yang harus dilakukan supaya bisnes korang maju..
Senang ceritakan...
Yang penting...produk & service yang berkualiti, komitment dan minat..