11 Disember 2015

50 Tips Penjagaan Kereta

Cehhh...


50 tips penjagaan kereta tu, banyak betul tips nya tapi rahsia ini POMEN tak kan bagitau. Rahsia dorang untuk kaut untung berganda-ganda dari poket kita semua. Merana gua bila kereta masuk bengkel ni..

Rahsia beb..


Bagi aku, susah nak ke mana-mana bila kereta rosak. Banyak kegunaan, nak beli barang dapur la, nak bawak bini anak jalan-jalan, urusan kerja luar tambah-tambah bisnes peribadi dan nak pergi makan nasi kukus best di Paka ni.  

Tu pasal aku ambik berat gak pasal penjagaan kereta, tak nak la engin kereta tiba-tiba mati di highway tu. Silap-silap, kat situ dah kena PAU di Pomen tarik kereta. Sape pernah kena ? hehe..

Kalau tak nak jadi macam tu, korang kena tahu la sikit asas-asas penjagaan kereta. Contoh yang mudah, tukar minyak hitam, minyak gear box, angin tayar dan macam-macam lagi.  Nak lebih power, baca tips penjagaan kereta untuk memastikan kereta tahan lama..
Tips Penjagaan Kereta
Ramai yang tak ambik kisah tentang penjagaan kereta, laki atau wanita sama saja kot. Tahu drive dan isi minyak jer..hehe. Jadi, sila baca tips penjagaan keretanya..

50 Tips Penjagaan Kereta

1. Cara menjaga bateri kereta
Ada 2 jenis, sel basah dan sel kering. Untuk bateri sel kering elok la seminggu sekali lakukan penyelanggaraan pada paras air. Pastikan paras air berada dalam keadaan normal. Elakkan terlebih isi air bateri, kemungkinan merosakkan bahan lain kereta..

2. Tukar minyak pelincir ikut jadual
Biasanya minyak pelincir ditukar setiap 5 ribu kilometer. Jangan dibiarkan terlalu lama nanti rosak pulak komponen engin. Elakkan terlebih isi minyak pelincir, mengelakkan kereta menjadi berat masa memandu..

3. Penjagaan radiator kereta
Ia berfungsi sebagai sistem penyejukan. Sentiasa pastikan paras air dalam keadaan normal untuk mengelakkan engin menjadi terlalu panas. Air dalam radiator elok la ditukar 3 bulan sekali. Memastikan kereta korang berjalan lancar..


4.Tukar penapis udara
Biasanya aku lepas tukar minyak pelincir aku akan bersihkan sekali penapis udara. kalau tengok masih putih boleh pakai lagi. Kalau dah makin hitam, elok la tukar yang baru. mengelakkan aircorn dari tersumbat..

5. Angin tayar
Selalu periksa angin tayar, seminggu sekali ke. Untuk memastikan tayar kereta korang tahan lama. 



Ini antara yang asas penjagaan kereta yang biasanya korang tahu tapi malas nak buat dan buat sikap malas ambik tahu..


Jangan amalkan sikap MALAS tu..


Biasanya kalau aku balik Kelantan melalui jalan LPT2 tu, selalu jer tengok kereta breakdown di tepi-tepi jalan dan selalu gak tengok accident. Hati-hati drive jangan laju sangat. 

Hairan aku, nak jalan jauh2 tapi tak buat pemeriksaan pada kereta..


Pengajaran..


Aku atau korang, anggap la jaga kereta macam jaga diri sendiri, selalu dibelai dan dibasuh..haha. Kereta tak buat hal, kita pun senang hati..

Poket pun tak kering..

Dan..

Letih nak tulis 50 Tips Penjagaan Kereta yang membuat kereta korang kekal tip top. Tu pun aku dah bagi 5 tips nya..

Tinggal 45 tips yang aku yakin dapat membantu korang dalam penjagaan kereta..


Baca 50 Tips Penjagaan Kereta yang ditulis oleh Nigel Ong..


P/S >> Terima kasih membaca artikel ini, Bantu la Jie dengan menekan butang LIKE atau kongsikan di media sosial..

9 comments:

  1. Alahai Jie. Kakak ni jujur tau bab jaga kereta yg kakak tahu cuci kereta aje. Lain tu semua abang dan workshop yg buat. Isi minyak--> drive itu expertlah kakak hihi.. Abg selalu cakap belajar tapi entahlah...

    BalasPadam
  2. kalau ada kereta mesti ambil tahu pasal keta kan...

    BalasPadam
  3. Penjagaan kereta ni memang perlu dilakukan sekerap yang mungkin..kalau dah rosak sukar nak bergerak

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas tips tersebut.

    BalasPadam
  5. bahagian enjin paling penting nak jaga..sebab kos tersangat tinggi.

    BalasPadam
  6. biasalah tu.

    aku pun malas belaka sebenarnya. haha

    BalasPadam
  7. baru semangat nak baca sampai 50

    BalasPadam
  8. selalu suami yang tlg jaga kereta

    BalasPadam
  9. Cakap 50 tip, cuma 5 je yang disiarkan...kena klik link tersebut kot baru dapat 50 tip tentang penjagaan kereta.

    BalasPadam