30 November 2015

Makanan Kegemaran Orang Kelantan

Sebenarnya makanan kegemaran aku..haha..

Bila balik kampung wajib makan nasi berlauk ikan Aya ni, baru rasa lengkap dan bersemangat nak jalan2..haha. Lama tak citer pasal makan2, asyik citer pasal affiliate jer. Bosan gak, tapi aku suka..hehe..

Kalau di Kelantan, sarapan pagi memang femes dengan masakan nasi berlauk ikan Aya. Maklum la warisan dari generasi ke generasi..haha. Pergi la kedai makan mana2, kebanyakkan mesti ada lauk ni..

Lauknya simple tapi bagi aku memang sedap..

Kalau korang datang Kelantan, tak kira la melancong atau menghadiri seminar jana wang online. Jangan lepaskan peluang untuk merasainya, harganya pun murah jer, dalam RM2 atau 2.50. Kenyang sampai ke tengah hari..

Tapi kawan2 aku dari Terengganu pelik sarapan pagi dengan lauk ini. Entah la, mungkin tak biasa kot..haha. Lain Negeri lain warisannya kan..


P/S >> Terima kasih membaca artikel ini, Bantu la Jie dengan menekan butang LIKE atau kongsikan di media sosial..


12 comments:

  1. kalau kat muar, johor serapan makan sate. hahaha. setiap negeri berbeza2x caranya serapan.

    BalasPadam
  2. baru perasan tuan orang kelate...

    sarapan orang Sarawak lebih kepada mee..kolok,jawa,kari

    BalasPadam
  3. Kakak ni origin Johor dari kecik sampai dah tua ni tapi mana kakak pergi kakak boleh aje ikut rentak. Apa lagi makanan di Kelantan dan T'ganu kakak suka (termasuk anak-anak dan hubby kakak juga tau) walaupun kami org Johor.

    BalasPadam
  4. org kelantan memang breakfast makan nasi, sedap juga kalau layan sesekali

    BalasPadam
  5. Kalau saya duduk kat Kelantan...mau gemuk! hehe
    Sebab makanannye sedap2 dan murah pulak tu!

    BalasPadam
  6. ermmm, bukan kelantan dan terengganu sarapan pagi makan nasi kan? sorry kalau saya silap...tapi masa saya ke negeri2 pantai timur, saya makan kuih-muih sahaja untuk sarapan

    BalasPadam
  7. Ingatkan orang terengganu.Hehe. Orang terengganu pun memang suka sarapan dengan makanan berat.

    BalasPadam
  8. Adik ipar orang kelantan memang sarapannya macam ni la..nasi berlauk

    BalasPadam
  9. bab makan ni..tolak kayu dan batu aje.

    lain, aku tibai aje.

    haha

    BalasPadam
  10. saya antara peminat no.1 budu..haha..mmg tak leh tinggal dari dulu..walaupun saya asal N9..

    BalasPadam