Kaki bersenam macam aku tu jangan percaya..haha..
Bukit Bauk ni salah satu tempat jongging yang popular di Terengganu. Treknya cantik, berbukit-bukit dan sekelilingnya dipenuhi oleh pokok2. Udaranya pulak memang segar, lebih2 lagi kalau jongging di waktu pagi..
Kuruskan Badan Dengan Cepat Di Bukit Bauk, Dungun
Gambaran trek di waktu pagi, awal aku bangun pagi hari tu. Selepas sembahyang subuh terus bertolak, target sampai puncak Bukit Bauk di kelilingi dengan kabus di sekitarnya. Tapi menghampakan, operasi gagal lagi, sorang2 pancit dalam perjalanan ke puncak..haha..
Kalau hari-hari macam ni, turun naik.. turun naik bukit bauk memang dapat kurus dengan cepat la. Kurus dengan semulajadi tanpa apa2 produk kuruskan badan. Satu lagi diet yang boleh diamalkan tanpa produk ialah DIET ATKINS..
Lokasi Bukit Bauk berdekatan dengan Politeknik Sultan Mizan, kalau nak cari, search jer Waze Politeknik tersebut. Kalau korang datang dengan keta, jangan risau parkingnya memang luas walaupun hari minggu..
Sekarang ni tempat panaskan badan pun dah ada, sebelum jogging elok la panaskan badan dulu. Takut jadi apa2 atas sana. Jie ambik masa 40 minit untuk hampir2 ke puncak..
lelaki hensem ini telah kurus sebab selalu jogging Di Bukit Bauk..haha. Gambar ni disnap masa hampir2 ke puncak, gayak gak tengok cerunnya. Berhenti la kat situ dalam 15 minit sebelum turun balik..
Jie tak tahu berapa kilometer perjalanan ke puncak bukit bauk, yang pasti 40 minit hingga 50 minit untuk sampai ke destinasi. Kot ada kawan2 yang tahu ? walaupun hanya berjalan peluhnya kuar tak henti2..
Pointnya nak kurus dengan cepat :
- Selalu berjalan atau berjongging. jangan kata malas pulak, ambik masa dalam 15 minit hingga 20 untuk berjalan atau berjoging. Kalau boleh buat hari2..
- Baca Panduan Teknik Kurus Dengan Diet Atkins..
Kesimpulannya, banyak tempat2 menarik di Terengganu ni dan salah satunya di Bukit Bauk - Tempat jongging menarik di Dungun..