29 September 2015

Filem Everest | Semangat Pendaki - Pendaki Gunung

Meriah betul di TGV semalam, baru pukul sepuluh lebih dah beratur nak beli tiket. Mungkin ramai yang nak tengok Movie Polis Evo dan Hotel Transylvania 2. Tapi Filem Everest | Semangat Pendaki - Pendaki Gunung yang menjadi pilihan dihati ini..

Rasa tak rugi jer tonton filem ni tapi yang kekoknya aku layan sorang2..haha. Nasib baik masa dalam pawagam takde orang mana, jadi memang santai layan Filem Everest. Dan mesti tahu kelebihan jadi ahli TGV..


sipnosis Movie Everest


Filem Everest Berdasarkan Kisah Benar

Filem ini berdasarkan kisah benar yang berlaku pada pendaki2 gunung Everest pada tahun 1996. Bagaimana mereka bermula pendakian di Nepal, bersusah payah mendaki sehingga para pendaki tertewas di Gunung tertinggi di dunia..

Watak utama ialah Rob Hall(Jason Clarke), pendaki yang berasal dari New Zealand yang memimpin kumpulan ke Gunung Everest. Selain itu, pendaki yang terlibat seperti Scott Fischer (Jake Gyllenhaal), Beck Weathers (Josh Brolin), Doug Hansen (John Hawkes), Guy Cotter (Sam Worthington), Andy Harris (Martin Henderson), Yasuko Namba (Naoko Mori), Anatoli Boukreev (Ingvar Eggert SigurĂ°sson) dan Jon Krakauer (Michael Kelly)..

Plot2 filem ini banyak berdasarkan pada buku Into Thin Air: A Personal Account of the Mt. Everest Disaster karya John Krakauer. Salah sorang yang terselamat dalam pendakian itu..

pelakon filem everest


Best Ke Filem Everest Ini

Bagi Jie berbaloi tonton filem ni, cool tengok semangat2 pendaki yang berkerjasama dan sifat tak putus asa hingga sampai ke puncak Gunung Everest terutama team leadernya..

Fuh, bertapa susahnya dorang nak sampai ke puncak, ada macam2 rintangan. Ada salji runtuh, ribut salji la dan kekurangan oksigen. Kalau nak jadi pendaki hati mesti berani la..

Ada tak kawan2 dah tonton filem Everest ni, apa pendapat korang tentang filem ni ? Teringin tak nak pergi sana..

Cuma aksi yang mendebarkan kurang sikit dalam filem ni..

ketinggian gunung everest

Filem Everest | Semangat Pendaki - Pendaki Gunung

Cantikkan permandangan Gunung Everest, mengikut yang aku baca, puncak Gunung Everest setinggi 8848 atas aras laut..

Dan...


Pengajaran dalam filem ni, Kepuasan para pendaki bila sampai ke puncak dan memacakkan bendera di situ. Semangat dorang dijadikan contoh untuk kita semua..

25 comments:

  1. pasti filem ni sgt baik utk ditonton sbg motivasi mendaki ke puncak mmg penuh dgn cabaran n dugaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hidup ini kadang-kadang macam pendaki gunung juga...banyak kesukaran yang mesti dilalui

      Padam
  2. Wah filem ni. Berdasarkan kisah benar yang memang betul-betul dilalui oleh pendaki-pendaki. Bilalah Malaysia nak buat filem macam ni.
    Apa Yang Berlaku Terhadap Orkid Di Sabah ?

    BalasPadam
  3. menarik filem ni, tapi kalau ada bab2 yang suspen tu kesian kat pendaki.. huhuh

    BalasPadam
  4. mcm best jer filem everest ni...

    BalasPadam
  5. Menarik nampaknya movie ni... kena tonton jugalah. Thanks sharing Jie... :)

    BalasPadam
  6. Belum tengok lagi, tapi macam best juga cerita dia

    BalasPadam
  7. semangat itu yang penting..yalah semangat untuk berjaya tanpa kenal putus asa

    BalasPadam
  8. Thrill juga cerita mendaki everest tu
    Kakak rasa masa menonton dada pun berdebar sama nak tunggu pendakian berakhir.

    BalasPadam
  9. Seronok jugak bila tengok orang yang berjaya panjat gunung Everest ini. Tapi mungkin cabarannya sukar..kalau ada masa nak tengok gak filem ni

    BalasPadam
  10. Macam best aje cerita ni. Nak tengok lah..

    BalasPadam
  11. Cerita begini memang best tambahan pula saya memang minat dengan alam semulajadi. Tak dapat daki Everest, tengok di layar pun jadilah...

    p/s: Terima kasih di atas sokongan dan semoga ukhuwah berpanjangan. Blog ini telah tersenarai di My Bloglist. :)

    BalasPadam
  12. filem yang nampak menarik

    everest xpernah naeik lagi

    insyallah akan pergi kesana

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah mmg minat mendaki ke akuoka..smoga saru hari nti sampai sana..

      Padam
  13. Mesti menarik minat geng pendaki untuk menonton kisah ni

    BalasPadam
  14. Mmmm...nak pegi tengok tapi tak berkesempatan la pulak. Ada ada anak kecik. Huhuhu...

    BalasPadam
  15. Aku dulu nak panjat gunung nuang pun semput dah... memang kena ada semangat dan kekuatan mental!

    BalasPadam
  16. Nampak menarik filem ini.. Kak aiza belum berkesempatan untuk menontonnya..

    BalasPadam
  17. babak mendebar kurang erk? huhu2 baru nk tenok everest nih.,

    BalasPadam
  18. Suka juga cerita² yang ada unsur motivasi macam ni.

    Walaupun mereka terkorban ada banyak yg boleh dipelajari.

    BalasPadam
  19. Kalau bandingkan dengan cerita vertical limit tu, mana lagi best ya?

    BalasPadam
  20. Gunung Everest setinggi 8848? arghh mmg x mampu nk daki...ergi daki Rinjani Lombok ketinggian 3000 lebih pun dah raya loya muntah semua

    BalasPadam