Tak sangka tanpa sedar blog ni dah hampir empat tahun beroperasi dengan jayanya, suatu kepuasan bila dapat tulis sesuatu di blog dan dapat dikongsi bersama rakan2 blogger yang meminati genre sama. Walaupun blog ini takde apa2 yang nak dibanggakan..
Aku sentiasa ambil langkah berjaga2 mana la tau satu hari nanti blog diserang virus, mahu meroyan aku tak dapat update..haha, lindungi blog ada seperti ada sayangi diri sendiri..
Alhamdulillah, Jie belum terkena dengan masalah ni, harap2 dijuahkan. Pastikan selalu backup atau save entry dan template dan simpan di tempat yang mudah dicari. Untuk blogspot nak save entry mudah aje, tekan setting lepas tu other dan tekan Export blog, save la mana2 tempat yang sesuai..
Blog workpress kena tanya owner Pondok Kecil la..haha, aku rasa Workpress lagi mudah kot..
Lindungi Blog Anda
Entry ni ditulis bila baca komen yang ditinggalkan oleh BM, ingatkan ini blog kedua beliau, rupa-rupanya tak. Owner blog rilek minda yang hebat dalam penulisan dan teknik Seo, Jie banyak belajar melalui blognya..
Blognya tak dapat beroperasi oleh sebab kerakusan mereka yang tidak bertanggungjawab, kan bikin panas jer. Kalau kena kat Jie, mungkin dah merajuk sampai bila2 dah, kecewa tak lindungi blog..
Ada hikmat disebalik kejadiannya, kini blog baru beliau lagi awesome dari yang dulu. Korang boleh klik sini untuk ke blog beliau..
Rumusannya, pro hacking jangan la godam blog2 diluar sana, buat naik traffik blog kan bagus..hehe.