Jangan Jadi Kejam

Mengantuknya, tengah-tengah malam baru balik kerja, kuat betul aku kerja..haha..

Jelesnya tengok korang tidur lena disamping bini masing-masing..


Tapi ingatkan blog tak update lagi, cancel dulu nak tidur, mujur la blog satu lagi dah update..


Cuma aku kejam sikit dengan korang, komen-komen belum terbalas lagi..


Okey, settle pasal tu..


Aku terkilan sikit sehari dua ni, jangan jadi kejam la wahai manusia..

bayi comel
Sanggup kah ! sanggup kah korang, kalau tengok baby comel macam ni... hilang nyawa atau terluka dek jari kasar korang tu, kejam.. memang tak ada hati perut dan memang sah, pelakunya tidak waras..

Picture ni sekadar hiasan saja..

Sedih aku membaca berita bayi dikerat 15, dibuang ke dalam air dan baru sekejab takdi, video bayi didera dipercayai oleh ibunya sendiri. Bayi untuk dilindungi dan tempat memberi kasih sayang, bukan diperlakukan seperti ini..

Diluar sana berapa juta orang inginkan anak-anak tapi xde rezeki, aku pun setahun lebih gak menunggu, jadi yang senang dapat, jaga la elok-elok..

Ingat lah, pembalasannya berkali-kali ganda dengan apa yang telah dibuatnya..

4 comments.. read them below or add one

Hafizul Hafizul 21 Mei, 2015 16:08
Entah la.. Macam2 diorang ni.. Tak takut langsung jadi kejam mcm tu..
Noriza Abdul Rahman Noriza Abdul Rahman 04 September, 2015 12:42
Manusia begini lagi rakus daripada haiwan