06 April 2015

Kurus Dengan Diet Atkins

Panas-panas, teringin nak makan aiscream..

Sehari dua ni aku tengah mengamalkan Diet Atkins..haha..

Tapi kalau nak kurus, kena la bersabar, tak boleh ikut nafsu, kena tengok sebelah je la makanan sedap-sedap, tak pun ambik bau, imaginasi korang tengah makan makanan best-best yang dimasak oleh ibu tercinta atau isteri tercinta..

Arghh, jangan lupa call ibubapa selalu..

Apa itu Diet Atkins

Kurus Dengan Diet Alkins
Kurus Dengan Diet Alkins

Mesti ramai yang tak tahu apa ke benda tu Diet Atkins dan tertanya-tanya macam mana cara nak mengamalkan supaya kurus dan ramping bab model. Suami atau isteri korang asyik kembang hidung dek dipuji rakan-rakan atau orang sebelah rumah sebab korang selalu tampil kacak, comel, ayu dan bergaya..


Okey, Diet Atkins ialah..
Diet Atkins diperkenalkan oleh Dr. Robert c. Atkins. Cara kurus dengan diet atkins adalah dengan konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan. Contohnya, dengan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mee, kentang dan gula..badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api.

Diet Atkins ialah singkatan untok Atkins Nutritional Approach (ANA), korang harus menempuhi 4 peringkat dengan berdisiplin dan mempunyai tekad yang tinggi untuk kurus. Kalau angan-angan taik ayam jangan mimpi la nak kurus, Apa-apa pun tak jadi kalau angan-angan jer kan..

4 peringkat yang harus ditempuhi :

  1. Induction - permulaan dan pengenalan untuk tempoh 2 minggu atau lebih
  2. Ongoing Weight Loss - penyusutan berat berterusan
  3. Pre Maintainance
  4. Lifetime Maintainance 

Biasa la, mula-mula kita berdiet mesti banyak halangan kan, lebih-lebih lagi kalau kita ni suka makan, tapi lama-lama dah jadi kebiasaan, badan dah biasa dengan rutin Diet Atkins dan korang tak sedar dah kurus.

Jiran sebelah rumah pun asyik-asyik minta tips Diet Atkins jer..

Best tentang Diet Atkins
Teknik Diet Atkins adalah teknik untuk kurus secara semulajadi tanpa perlu makan apa-apa produk.
Bagi korang yang nak kurus dan menjalani hidup yang sihat tanpa penyakit, ye la, kesihatan ni penting dalam kehidupan kita, PANDUAN TEKNIK KURUS DIET ATKINS yang ditulis oleh admin atkinsmalaysia.com berguna untuk rujukan. 

Kredit Picture >  http://www.wom.my/

8 comments:

  1. Kakak tahu DA ni sebab dah selalu didedahkan hal-hal berkaitan DA cuma kakak ni tak mampu nak melakukannya. Apa lagi kalau makan nasi segenggam memang tak cukup kakak ni Jie.:)

    BalasPadam
  2. Setakat ni masih maintain lagi.. tapi kena jaga2 juga klu2 gemuk pulak nanti.. :D

    BalasPadam
  3. good luck..msti boleh kalau disiplin.. follow je apa dlm fail kelab tu..huhu

    BalasPadam
  4. Kalau makanan isteri masak sedap-sedap, memang lari habis diet atkins tu..haha

    BalasPadam
  5. Suami saya pun kurus dengan cara atkins juga

    BalasPadam
  6. haa..

    siapa rasa diri tu gemuk..

    leh la try diet nih.

    tapi..rajin-rajin belajar dulu ye. jangan main redah aje.

    BalasPadam
  7. Diet yang mudah tetapi tak ramai yang mampu buat..hihi

    BalasPadam