Assalamualaikum..
Isu terkini yang berlaku di tempat aku, McDonald's Di Dungun Dan Kerteh Kerugian setelah diboikot oleh penduduk setempat. Kekejaman Israel tehadap palestin menimbulkan kemarahan penduduk dunia terutama orang Islam..
Sedikit petikan di Sinar Harian..
Pemilik francaisnya, Syed Hussain Tuan Embong berkata, pendapatan yang diraih kedua-dua restoran itu merosot kira-kira 80 peratus sejak dua hari lalu.
Lebih teruk katanya, tindakan agresif segelintir peserta demonstrasi di hadapan restoran di Dungun yang turut bertindak membaling batu ke arah premis itu mengakibatkan pekerja ketakutan dan ada yang mahu berhenti kerja.
“Saya tak boleh halang orang berkumpul kerana itu hak individu tapi saya kesal apabila ada yang melontar batu ke arah premis saya. Untuk elak berlaku kejadian tidak diingini, saya terpaksa kunci premis waktu itu.
Baca selanjutnya di SINI...
Semenjaknya terjadinya isu ini, sejujurnya aku memang suka makan burger McDonald's, terus hilang minat nak makan kat sana, boikot jugak kot.hehe. Semoga Allah melindungi Gaza dari kekejaman Israel..
Kredit Picture - http://www.sentiasapanas.com/2012/11/ustaz-azhar-idrus-kantoi-makan-di.html
McDonald's Di Dungun Dan Kerteh Kerugian
jie susanos{ 17 comments.. read them below or add one }

McD is facing a lot of challenges now. Meat scandal in China and now the boycott.

bukan begini untuk boikot, akhirnya imej kita muslim dipandang buruk di mata dunia..boikot perlukan kewarasan akal bukan emosi terlampau..salam syawal ke 12..:)

kalau smpai lontar batu tu mmg melampaula.
yg memboikot pun guna akal tu utk fikir. jgn smpai nanti masuk lokap pulak.
yg memboikot pun guna akal tu utk fikir. jgn smpai nanti masuk lokap pulak.

Harap-harap acara boikot ni tak melahirkan ramai ganster melayu...Niat tak mengahalakan carakan...

susah juga kalau org kita pun terlibat dgn rangkaian bisnis Israel...bisnis franchise walau xterlibat dgn mrk yg kejam tapi memberi keuntungan kpd syarikat induknya...

Boikotlah utk kebaikan kita semua, tetapi biarlah beralaskan adat & hukum2 kita sbg org Islam... semoga menjadi ibadah buat kita semua...

boikot dgn cara yang berhemah...jangan sampai tindakkan boleh memudarat org awam..

Sedih dengan sikap segelintir dari kita, Nak boikot tapi tidak faham tatacara boikot yang sebenarnya...maka dah jadi lebih kurang sama macam zionis jugak la...

Boikot2 juga... tapi cara tu perlulah yang menunjukkan etika umat islam yang baik bukan serupa macam zionis...

Assalamualaikum jie.. dulu kita pun gemar makan mcd. sejak gaza kena bedil, terus boikot. rasa insaf diri .. sebolehnya boikot cara molek sikit la. ini gaya israel lebih kurang je. hmmmm

Boikot la dengan berhemah... jangan la emo sampai baling batu dan memaki hamun pekerja... itu bukan cara orang kita...
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →