19 Ogos 2014

Drama Rindu Awak 200% Semakin Menarik

Assalamualaikum..

Huhu, macam kena dengan diri jer bila baca tajuk kat atas.. Drama Rindu Awak 200% Semakin Menarik. Drama yang bersiaran di TV3 pukul 7 pm, aku tengok semakin mendapat tempat dihati penonton tapi aku tak tonton ea,cuma lepak depan tv jer..hehe. Macam tak nak mengaku padahal kena dengan diri..

Sinopsis Drama Rindu Awak 200%

Zill Faezrul Iqbal(Zul Ariffin),marahnya Armel Aisya(Ayda Jebat) bila teringat nama tu. Bersifat tenang tapi bermulut celupar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya. 

Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel. 


Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque! 

Apakah kesudahan Drama Rindu Awak 200% Semakin Menarik ini..

Apa yang kelakarnya, geng-geng tempat kerja aku pun layan gak, kalau aku kerja shift petang, pukul 7pm senyap jer geng2 ni depan tv. Tapi kerja tetap buat..hehe

Tonton Online Drama Rindu Awak 200% Semakin Menarik
Kalau korang terlepas, jangan risau, banyak blog-blog yang memberi kemudahan untuk tengok secara online, janji ada intenet jer. Antaranya blogger Aswanazmy, korang boleh ushar-ushar blognya..

Hansem betul Zill Faezrul Iqbal(Zul Ariffin) bila pakai seragam pilot dalam Drama Rindu Awak 200%. Rasa nak jadi juruterbang gak..hehe.

9 comments:

  1. Hari2 isteri saya pun tengok... :) :)

    BalasPadam
  2. memang menjadi2...tapi lyn kat tonton je..kaver macho xtgok cite cenggitu kul 7..hehe

    BalasPadam
  3. Hahaa..pelayan drama jugak ye brader Jie ni kan. Hehe.. Jujur ana tak suka sgt pelakon lelaki kacak. Slh seorangnye Zul Ariffin. :D

    BalasPadam
  4. Betul tu cerita ni semakin menarik..banyak kejutan..

    BalasPadam
  5. ramai peminat cerita nikan..he..he

    BalasPadam
  6. ermmm.. tak mengikuti la jie.. :) bahayaa...

    BalasPadam
  7. Antara drama yang berjaya menarik minat ramai kaum lelaki nak tengok hahahaa.. :P

    BalasPadam
  8. Layan juga... Kak kathy tukar link blog CHK.. jemput singgah .. :)

    kathyrbain.blogspot.com

    BalasPadam