23 Julai 2014

Tiga Hari, Baru Dapat Tukar Duit Raya

Assalamualaikum..

Tiga Hari, Baru Dapat Tukar Duit Raya
Beratur panjang di cawangan maybank..

Hari ini dah 23.7.2014, tinggal beberapa hari lagi kita akan berpuasa. Sekarang ni mesti ramai yang membuat persiapan untuk raya kan. Salah satunya nak tukar duit kecik untuk bagi ke budak-budak, orang dewasa pun boleh bagi gak..hehe.

Tiga Hari, Baru Dapat Tukar Duit Raya | pergh, tiga hari berturut-turut aku pergi bank, hari ni baru dapat tukar, punya la susah nak tukar duit raya ni. Awal sikit aku turun, sampai-sampai sana (Maybank cawangan Paka,Terengganu) orang dah beratur panjang. Emm, takpe la, beratur pun beratur la, janji dapat tukar..

Tahun ni susah sikit, kali pertama pergi kaunter bank dah tutup (kaunter untuk pertukaran wang sampai pukul 12pm), kali kedua lak terlalu awal, malas nak tunggu terus pergi Kemaman, wang pulak dah habis.. Nasib-nasib. Emm, macam ni kena selalu amalkan doa ini..


Doa dimudahkan segala urusan..

“Allahumma laa sahla illa maa ja’altahu sahlaa, wa anta taj’alul hazna idza syi’ta sahlaa.”

(Ya Allah! Tiada kesenangan kecuali yang Dikau permudahkan; Dan Dikaulah menjadikan kesedihan (kesukaran), jika Dikau mengkehendakinya pasti akan menjadi mudah.)”

Rujukkan lengkap klik SINI..

Akhirnya, syukur dapat gak tukar, boleh la bagi kat anak buah atau kanak-kanak seluruh Malaysia..hehe. Gurau je, cukup la aku tukar ngam-ngam dengan gaji yang aku dapat, janji boleh bagi ke budak-budak raya nanti..

14 comments:

  1. ramai gila orang kat bank.. nak ambil duit pun terbantut hasrat.. huhu..

    BalasPadam
  2. biasaler tue..
    next year kena g awal.
    awal 2 minggu xdek lago org bz time tue :)

    BalasPadam
  3. uit memng xdak sokmo ada limit pulak tue..hurm tiap2 tahun mcm ni la..

    BalasPadam
  4. perghhh 3 hari... nasib kami punya en suami yg pergi tukar... dia awal2 dah tukar dah...

    BalasPadam
  5. Wah...sudah tukar, bolehlah beri duit raye... hehe
    Beginilah suasana dibank setiap tahun menjelang raya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum,
      Salam Lebaran buat Jie sekeluarga. Semoga Syawal ini disambut dengan gembira bersama insan2 tersayang. Mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap sepanjang perkenalan.
      Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin... :)

      Padam
  6. kuat semangat tuh sanggup tunggu 3 hari ...

    BalasPadam
  7. Janji budak2 happy dapat duit raya..

    BalasPadam
  8. alhamdulillah..lega kalau dah settle kan..dapatlah bagi duit raya pada budak budak :)

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum jie, sheila tak berkesempatan nak tukar duit ghaye. hahahha last minute gaji baru dapat. pasrah betul ~~~

    BalasPadam
  10. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin.
    Salam ceria Aidilfitri ikhlas dari saya... :)

    BalasPadam
  11. saya masih lagi tergolong dalam golongan mereka yg layak menerima duit raya. so, x perlu nk pening2 tukar duit lagi.. hehehe...

    salam aidilfitri..!! :)

    BalasPadam