Blurnya picture ni..
Alhamdulillah kita masih lagi dalam bulan ramadan yang mulia ini dan aku masih lagi dapat berpuasa dengan jayanya..hehe. Kita pun dah sampai sepuluh malam terakhir, perbanyakkan amal ibadat untuk mencari malam Lailatur Qadar. Amin..
Sabtu, hari yang bersejarah sebab duit banyak yang lari meninggalkan aku..haha. Gurau jer. Selama kita berpuasa ni tak pernah sekali pun aku makan kat luar, kalau dulu pantang je orang ajak, mesti ON je..
Jadi, hari sabtu hari tu, sambil-sambil cari barang keperluan sikit terus je berbuka kat luar. Semenjak puasa ni lama tak lepak kedai makan..hehe. Lokasi macam biasa la, di Dungun. Suka gak kedai ni, dapat Makan-Makan Dengan Santai. Aku suka pergi kedai yang biasa-biasa tapi bila masuk dalam rasa selesa dan tenang je, baru santai makan kan..haha.
Emm, takpe la duit habis pun, masa berharga bersama family tu penting. Kita jangan berkira sangat soal ni, duit habis boleh dicari lagi, kenangan terindah bersama family tu penting. Masukkan dalam blog ni sebagai kenangan, bila-bila boleh baca lagi..hehe. Sedikit penkongsian bersama kita..
Tiga amalan dibawa selepas mati
- Sedekah jariah
- Ilmu yang bermanfaat.
- Doa anak-anak yang soleh.
Rujkan lagi lengkap klik SINI..