Kenangan Di Hari Raya Pertama

Assalamualaikum..
Aku Punya Raya Pertama
Kenangan Di Hari Raya Pertama | Seronok bila dapat berkumpul beramai-ramai dan berfoto bersama ahli keluarga, sanak saudara atau rakan-rakan. Berfoto di rumah Mak Saudara sambil makan laksa. Kenangan terindah untuk tahun 2014 ni..hihi.

Alhamdulillah, tahun ini dapat lagi beraya bersama family di kampung, 3 tahun masih lagi selamat dari bekerja di hari raya ni, buat rakan yang bekerja di hari raya tu, jangan marah ea. Ada hikmat disebaliknya..

Emm, selepas je sembahyang raya, kitorang satu family terus gerak ke kubur arwah Ma, kalau balik rumah terus selepas sembahyang, kot-kot tak pergi pulak. Amalan ini kitorang teruskan tiap2 tahun, cuma bezanya kali ini kena pergi dua tempat, tambah satu lagi untuk arwah Ayah belah isteri. Sayu dan berasa diri ini kerdil berada di tempat tersebut..

Selepas tu boleh la pergi beraya dan makan, makan, makan je..hehe.
Kenangan Di Hari Raya Pertama
Selfie bersama adik dan sepupu..hehe. Jeng2, makin menjadi-jadi fanomena selfie ni pada diriku, banyak terpegaruh dengan rakan2 blogger..

Raya pertama, hanya beraya yang berdekatan dengan rumah, tengah hari terus balik rumah isteri di tanah merah, Kelantan. tak sempat nak beraya rumah kawan2. Buat kawan ku yang berkahwin hari ni, maaf tak dapat pergi. 

Walaupun dah terlewat, aku ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri untuk rakan2 blogger, rakan2 yang membaca blog ini, maaf kalau ada buat kesalahan samada sedar atau tak..

{ 8 comments.. read them below or add one }

ikhwan yusuff ikhwan yusuff 31 Julai, 2014 20:18
hihihih..berselfie sakan time raya..:D salam aidilfitri yg ke-4..:DD
paridah paridah 01 Ogos, 2014 04:24
seronoknya berselfie ya...salam lebaran...
ZUKI DIN ZUKI DIN 01 Ogos, 2014 06:55
rumah mentua di Tanah Merah ke? Hmm..abe pun dok sini. Lain kali dpt la jumpa kot? In Sha Allah.
acik idah acik idah 01 Ogos, 2014 11:50
Selamat Hari Raya buat Jie sekeluarga... Mohon maaf zahir dan batin... :) kosong2 yer...
Khir Khalid Khir Khalid 02 Ogos, 2014 03:52
Wahh meriah.. Salam Aidilfitri kpd Jie sekeluarga... maaf zahir & batin... :)
Zizie Zack Zizie Zack 02 Ogos, 2014 11:17
Meriahnya raya dia... Selamat hari raya :) maaf zahir & batin :D
Khai♥Rin : anies Khai♥Rin : anies 19 Ogos, 2014 23:06
Selamat hari raya jie sekeluarga