09 Jun 2014

Tempat Menarik Di Kelantan | Pekan Bukit Bunga

Assalamualaikum..

selalu singgah di pekan bukit bunga

Pekan Bukit Bunga, salah satu tempat persinggahan popular di kelantan..


Cuti minggu ni aku rasa bergitu bermakna sekali, ye la, dapat rehatkan fizikal dan mental tanpa memikirkan tanggungjawab kerja ni. Nak pergi melancong pun takleh sebab isteri berniaga time cuti sekolah. Aku 3 atau 4 hari ni sibuk sikit membantu isteri berniaga di Tanah Merah, aku tolong gitu gitu je..hehe. Salah satu Tempat Menarik Di Kelantan | Pekan Bukit Bunga..

Salah satu picture pandangan jarak jauh yang sempat aku snap. Kedai biasa biasa je tapi barang barang kat dalam.. Penuh ler. Pekan Bukit Bunga, Kalau cuti sekolah macam sekarang ni, memang dipenuhi oleh orang ramai. Untung la peniaga, sorang sorang muka berseri seri je..kihkih..
cenderahati untuk orang tersayang

Promote kedai mak mertua sikit..hihi.

Ini antara barang barang yang dijual di Pekan Bukit Bunga, ada patung, boleh hadiahkan pada kanak kanak atau orang tersayang. Aku dah rembat seluar macam kain pelikat tu, selesa pakai. Trend terkini kot, ramai yang pakai dan selesa buat sembahyang..
size taddy bear yang besar

Siapa yang suka patung Teddy Bear..


Tertarik dengan salah satu kedai ni, kedai yang dipenuhi oleh patung patung. Ada macam macam sizenya, dari yang kecik hingga la yang hampir sama besar dengan orang dewasa. Harganya, pandai pandai la korang tawar menawar..hehe..
Ramai yang suka buah ini

Macam biasa la, kalau takde jual buah tak sah kan..haha. Buah Mangga tu, kalau tengok depan depan, besar gedabak. Tak dapat dipastikan dari jenis apa. Laici ni macam dah masuk musim kot, banyak dah jual.. 

 Ini je yang dapat aku kongsi, Kalau ikutkan, banyak lagi kedai menarik yang terdapat di sini. Ikut hati, nak je letak picture banyak banyak, bagi korang tengok keindahan Pekan Bukit Bunga..haha. Tapi tak boleh la, nanti berat pulak loading blog ni..

Apa-apa pun, Kalau korang datang Kelantan, jangan lupa singgah Pekan Bukit Bunga. Salah satu tempat menarik yang harus korang kunjungi..

40 comments:

  1. Wahh.. menarik. Seronok shopping tempat mcm ni.. :) :)

    BalasPadam
  2. lama tak pergi kelantan. dulu2 masa pegi sana sempat juga ke pekan bukit bunga ni beli buah tangan

    BalasPadam
  3. lama gila tak pegi kelantan. huhu. rasanya tahun ni tahun melawat kelantan kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi..ye ke thun mlawat klantan..jie pun xtahu..tq utk info ni

      Padam
  4. xpenah smpi lg...dgrpn br 1st time

    BalasPadam
  5. Laicii..sedapnye! Tak pernah ke kelantan. Huhu. Takde kesempatan ke sane lagi. ^_^

    Btw hi, singgah sini membalas kunjungan anda, dan follow. ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada rezeki bleh g melancong klatan..tq follow..

      Padam
  6. Baru tau Pekan ni, nampak best shopping buah-buah dan anak patung tu.

    BalasPadam
  7. besar2nya laici ... klu kat sini mesti harga dah sekali ganda tu ... huhuhuuu

    BalasPadam
  8. Dah lama tak pergi Kelantan.. Suka shopping kat sana..murah..

    BalasPadam
  9. Best kalau dapat shopping kat Kelantan.. barang murah... tapi nrl 2 kali je pernah sampai Kelantan... :)

    BalasPadam
  10. Suatu yg pasti membanggakan kakak sebab di sana rata-rata usahawan adalah bangsa kakak. Pemandangan yg sejuk mata memandang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. toi tu..jrg tgk bangsa lain berniaga..

      Padam
  11. Tempat wajib singgah kalau nak balik Penang... Memang best jamu mata kat sini.

    BalasPadam
  12. wahh.. best tu.. dah beberapa kali ke Kelantan, tapi tak sampai lg kesini

    BalasPadam
  13. tak pernah sampai Bukit Bunga..

    BalasPadam
  14. first time dengar nama tempat nie... suka.. suka... :D

    BalasPadam
  15. baru pergi ke sana minggu lepas,,..Tapi sempat singgah time malam je..mostly kedai tutup..hihihi

    BalasPadam
  16. I like it when folks come together and share thoughts.
    Great website, stick with it!

    Also visit my blog: Best carpet cleaning

    BalasPadam
  17. Bro nie orang Kelantan yer... Jauh tersasar dari lalaun perjalanan nak ke Pekan Bukit Bunga nie... Teman, biasa kalau ke Kelantan ikut Machang dari Cameron Highland. So, memang sah tak lalu Bukit Bunga nie

    BalasPadam
  18. besarnya teddybear tu.

    hoho..

    BalasPadam
  19. Yang pompuan mesti bli teddybear...yg laki lak beli jersey... :-)

    BalasPadam