Sotong Celup Tepung Memang Best

Assalamualaikum..
Sotong Celup Tepung Memang Best

Sotong celup tepung memang best..


Sotong, bila sebut je makanan laut ni, meleleh air liur. Salah satu makanan kegemaran aku dalam banyak banyak makanan. Mesti korang pun sama kan tapi ada gak yg tak suka, bila sebut sotong terus termuntah..haha. Macam macam resepi boleh dibuat dengannya, ada yang buat goreng, gulai dan pelbagai lagi. Resepi Sotong Celup Tepung Memang Best..

Hari tu teringin nak makan sotong celup tepung, tanya wife boleh buat ke, dia kata tak pernah buat tapi boleh cuba. Terus pergi pasar beli sotong, sotong pun dah mahal sekarang ni, sekilor RM10 mujur dapat yang murah sikit dalam 8 ringgit. Emm, bila pergi pasar mungkin korang boleh cuba ni..

Ciri ciri sotong segar
  • Sotong segar warnanya putih dab berbintik kelabu.
  • Warna merah sudah lama mati.
  • Tidak berbau busuk.

Atau korang boleh rujuk SINI..

Bila dah siap jadi la macam picture kat atas tu, sedap dan awesome. Pandai dia buat walaupun kali pertama. Habis sepinggan aku baham, Kalau ada seperiuk pun habis kot aku baham..kihkih. Nak kongsi resepi pun tak tau sebab bukan aku yang buat..
Sotong Celup Tepung Memang Best

Makan petang yang best..


Jarang jarang makan macam ni memang best, ada mangga dengan kerepok lagi menyelerakan. 3 orang makan, kalau aku sorang memang tak habis la. Emm, makan makan jugak, senaman jangan dilupakan walaupun aku makin berisi..hihi. 

{ 33 comments.. read them below or add one }

Kakzakie Kakzakie 26 Jun, 2014 09:22
Ohhh... memanglah sedap ada keropok lagi kat side tu buat kakak terliur aje tengok:)
Khir Khalid Khir Khalid 26 Jun, 2014 09:38
Tengok ni pagi2 buat sy bertambah selera.. baru nk breakfast.. :D
Nurul Nurul 26 Jun, 2014 09:59
Sedapp nya dapat makan sotong goreng tepung... terliur plak... ;D
Syuhada Salleh Syuhada Salleh 26 Jun, 2014 10:43
suka mkn sotong goreng tepung jgk..tp slalunye beli je..hehe
Ainim Suju Ainim Suju 26 Jun, 2014 11:42
sedapnya kalau dpt makan sotong celup tepung skang ni.nyum nyum nyum
Stuwie Stuwie 26 Jun, 2014 20:32
Alaaaaa... terliurnyaa Ya Allah. esok gak nak cari sotong. Btw, sebelum ni duk ingat sotong yang kaler purple tu yang segar, baru tahu je yang putih tu yang segar. Terima kasih bagi tip.
Irrayyan Irrayyan 27 Jun, 2014 12:59
Nak cari sotong jugak lah. Haha
Bw :)
Salam singgah dari irra
http://www.irrayyan.com
Mar Mansor Mar Mansor 27 Jun, 2014 13:53
sedapnye sotong goreng tepung..kecur..pastu makan dengan nasi putih + tomyam..terangkat..
Zana Adieyza Zana Adieyza 27 Jun, 2014 13:56
memang sedapppp.. favourite suami zana ni.. yummy2!
ctfand ctfand 27 Jun, 2014 14:08
makan sotong goreng tepung ni..mak mertua lalu kat belakang pun tak perasan..hihi..
ikhwan yusuff ikhwan yusuff 27 Jun, 2014 21:56
mmg bestlah makan ptg tu...yumyum.. sct kan..
titan titan 28 Jun, 2014 00:58
kena dengan sos thai. fuhh..memang terangkat.
acik idah acik idah 29 Jun, 2014 00:24
udang salut tepung memang sedappp... yummy...

Selamat Menjalani Ibadah Puasa buat Jie sekeluarga... :)
Denaihati Denaihati 29 Jun, 2014 23:29
buat berbuka memang menyelerakakn ni, tak payah makakn nasi la...
Jie Susanos Jie Susanos 05 Julai, 2014 16:44
hihi.tip ambk dgn org gak..