03 Februari 2015

Pasar Yang Selalu Dikunjungi

Assalamualaikum..

Pasar Yang Selalu Dikunjungi

Pasar yang dicat warna biru dan putih..


Ini sebenarnya pasar yang selalu dikunjungi oleh aku untuk membeli keperluan dapur dekat rumah, bukannya pasar yang popular di Malaysia. Eh, ada ke pasar popular ? hehe. Mudah sikit beli barang kat sini seperti sayur, ikan dan barang keperluan yang lain, kira beli sekaligus la. Tak payah pergi satu tempat ke satu tempat, leceh je..hehe..

Aku kan tinggal di Paka, jadi ni la satu satunya pasar kat sini. Seronok gak membeli kat sini, macam pergi shopping di tempat membeli belah yang tersohor..kihkih. 
ikan siakap 3 rasa

Tercari cari ikan yang segar..


Bulan bulan puasa ni, teringin pulak nak makan ikan siakap. Tak kira la dibuat bakar ke atau buat stim. Mujur di sini ada jual, terus je beli. Sekilorgram dalam 18 ringgit tapi aku beli yang tak cukup sekilor dalam 10 ringgit. Jadi la, 2 orang je makan..

alang alang dah cerita tentang ikan siakap ni, aku nak kongsikan resepi yang dibuat oleh rakan rakan blogger, bukan dibuat oleh aku ea, kalau aku hancur la..hehe. Terlebih dahulu kredit pada tuan punya resepi..

2 Resepi ikan siakap
Seronoknya kalau dapat berbuka dengan hidangan macam ni..hehe. Aku pun makin seronok pergi pasar sekarang tapi peniaga kat sana masih tak ramai. Ada 3 tingkat tapi tingkat 1 je ada peniaga, kan pelik tu. Apa apa pun selamat berpuasa..

16 comments:

  1. Paka terengganu.....:D mdh kan klau satu tempat ad semua ikan syur dll..

    BalasPadam
  2. Kat rawang sini pun ade pasar centu gak. Selalu nak carik ikan fresh, carik kat situ. Kenal uncle sorang tu je. Dia punye ikan memang very fresh. Kalau kat tempat lain tak tau laa kat mane nk carik ikan2 fresh.

    BalasPadam
  3. Teringat shopping dengan bonda kat pasar, gini jugak la rupa pasar dia kat Rawang nun... skarang tinggal Ampang, nak pergi pasar basah ni... alahai... tak jumpa yang dalam bangunan... hoho

    BalasPadam
  4. Nampak bersih pasar Paka ni.. besar.. :)

    BalasPadam
  5. kat mana ni? anyway, mmg sdp mkn masak ikan siakap ni. tak kira la msk ape pun, mmg sdp. huhu slm almubarak dear! :)

    BalasPadam
  6. Jie ker yang selalu pergi pasar? sama macam en suami saya... dia jer yg pergi pasar... tapi pasarnya pasar moden... Jaya Jusco... :D

    BalasPadam
  7. wah , segar - segar ikan tu ... siakap , masak apa pun sodap .

    BalasPadam
  8. ooo.pasar paka....nampak bersih

    BalasPadam
  9. sama dengan encik hubby kathy,dia yg selalu belanja barang dapur..

    BalasPadam
  10. Saya suka Ikan Siakap Goreng 3 Rasa ..memang BEST...

    BalasPadam
  11. dah kahwin kena rajin gi pasar. haha..

    BalasPadam