Aktiviti untuk kerohanian..hehe,
Emm, rasanya lama jugak tak follow aktiviti sekitar tempat kerja atau menghadirkan diri di surau yang berdekatan dengan kediaman sambil tu boleh gak mengeratkan silaturahim antara jiran jiran. Ini asyik sibuk dengan aktiviti tak berfaedah je dan satu lagi malas. Malas ni alasan popular la..hehe. Alhamdulillah, hari tu dapat gak Luang Masa Dengar Ceramah Agama.
Ikut hati kalau boleh seminggu sekali dengan ceramah dah ok..haha..
Pernah terbaca ayat ini "Allah S.W.T bagi kita sibuk dengan duniawi hingga alpa atau terlupa kepada Nya dan akhirat". Emm, lebih kurang macam tu la ayatnya, kalau salah minta korang perbetulkannya..hehe. Dalam maksud ayat tersebut, kena selalu muhasabah diri ni..
Surau dekat rumah aku je, kalau tengok Ustaz pun muda lagi, mungkin lebih kurang sebaya dengan aku kot. Tapi kelebihan orang yang belajar ilmu agama ni, tak kira tua atau muda. Surau ni pun aktif gak tapi aku je yang tak aktif..hihi.
Antara kata kata Ustaz yang sempat aku tangkap dan dapat dikongsi bersama
- Jangan lupa sentiasa berdoa dalam meminta pertolongan daripada Nya.
- kisah dia belajar di luar negara dan kekurangan wang, dia berdoa meminta pertolongan, baru nak keluar je dari masjid, sorang hamba Allah menghulurkan wang padanya, besarnya berkat berdoa..
Sikit je yang dapat dikongsi bersama, semoga hari jumaat ni membawa keberkatan kepada kita semua..