17 Mei 2014

Kedai Makan ICT Haji Pok Long (seafood) di Pantai Teluk Ketapang

Assalamualaikum..

Colek sedap di kuala terengganu
Singgah sekejab, makan makan di Kuala Terengganu..

Hari khamis lepas, dapat gak pergi Kuala Terengganu. Aku duduk Paka ni, dekat dekat 2 jam gak nak sampai. Bawak slow slow je, maklum la di highway pantai timur pun, speedtrack bermaharajalela. Tapi tak tahu la kalau orang lain drive..hehe..

Hari tu teringin nak makan colek (seafood kot orang panggil). Kata orang, Terengganu popular dengan colek kan. Dalam banyak banyak kedai,kedai ni menjadi pilihan kami

Kedai ICT Haji Pok Long (seafood) di Pantai Teluk Ketapang..

Sesat gak nak cari kedai ni, nasib baik ada bantuan dari aplikasi Waze dan sorang penduduk dekat situ. Terima kasih pada hamba Allah yang membantu aku tu..
makanan sedap di kuala terengganu
Antara pilihan kami makan..

Bagi aku, ikan pari celup tepung paling best. yang lain biasa biasa je. Selain tu, banyak lagi pilihan makanan yang korang boleh pilih. Aku terliur dengan aiscreamnya tapi tak larat dah nak telan. Kenyang sangat..hehe..

Emm, kalau korang nak datang sini, search je di Waze Kampung Teluk Ketapang. Dekat dekat nak sampai korang tengok papan tanda Pantai Teluk Ketapang..

Ishh, aku search Pantai Teluk Ketapang di Waze tak jumpa lak..

11 comments:

  1. sdap sotong celup tepung. Harga pun murah compare kdai lain.lama dah tak makan cni.asyik ramai je orang.huhu..

    BalasPadam
  2. owhhh favourite ni^^

    oyeke highway pntai timur tu ada speedtrap. oh no hari bru lalu ingtkan xda. slumber bwak laju nk kejar johor. -.-"

    BalasPadam
  3. Jalan2 makan2 yer Jie.. :D
    Tak pernah lak makan pari celup tepung... macam bestt jerr...

    BalasPadam
  4. wahh.. sedapnya tengok... menyelerakan.. :)

    BalasPadam
  5. Sedapnya..lamanya tak makan di sini..

    BalasPadam
  6. wah..boleh tahan sedap ni..

    BalasPadam