13 Ogos 2013

Anda Memang Terbaik

Assalamualaikum..

Google Punya

Semalam berkesempatan tengok perlawanan akhir badminton dunia antara Lee Chong Wei dengan Lin Dan.. Walaupun aku tengok set ketiga jer tapi sayang betul dia kalah.. Masa set ke 3 tu senggit betul perlawanan tapi sayangnya Lee Chong Wei mengalami kekejangan otot kaki.. 

Kagum betul tengok dia main.. Skill dia memang terbaik la.. Lebih2 lagi kalau tengok dia lawan dengan Lin Dan.. Memang syok la.. Tapi nasib jer tak baik.. Lin Dan ni susah betul nak kalah.. Geram jer aku tengok..hehe..

Kan bagus kalau ramai permain kita macam dia.. Tahniah Lee Chong Wei.. Anda memang terbaik dan mengharumkan nama negara.. Harap2 kecederaan dia tak teruk..

7 comments:

  1. fae x berapa minat tgk channel sukan hehe

    BalasPadam
  2. dia usaha yg terbaik tp bukan rezeki dia nak menangkan... apa pun dia tetap hero msia

    BalasPadam
  3. Pemain pelapis Malaysia, belum ada yang mampu menandinginya. Malah mereka ini belum bersedia untuk menggantikannya. Lee Choong Wei masih diperlukan.

    BalasPadam
  4. hahaha..sy pun suka tgk LCW dgn lin dan... licah jee si lin dan nih..LCW pun lincah gax...siapakah pelapis pemain badmntn nrga kita slpas ni agaknya..huk3

    BalasPadam