25 Julai 2013

Nuzul Al Quran

Assalamualaikum..


Hai korang, esok masuk la hari ke 17 kita berpuasa dan esok antara hari yang penting bagi umat islam diseluruh dunia iaitu Nuzul Al Quran.. Boleh la rehat2 dekat rumah sebab cuti.. haha.. Lari topik pulak.. Ini antara peristiwa yang berlaku dalam sejarah Nuzul Al Quran.. Aku copy & paste jer..

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.


Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Sumber

7 comments:

  1. Subhanallah, betapa besar kuasa Allah menurukan Quran sebagai wahyu utk kita umat Muhammad kan

    BalasPadam
  2. semoga hari esok memberi kita lebih erti kehidupan..salam nuzul Al-Quran :)

    BalasPadam
  3. Selamat menyambut hari Nuzul Quran, bersama lah kita kembali menjadikan Al-Quran sebagai landasan utama sebagai panduan kehidupan kita...

    BalasPadam
  4. salam nuzul quran. teirma kasih krn sudi follow

    p/s jemput join GA simple sy..hari ni last day ;-)

    BalasPadam
  5. Salam nuzal al-Quran..=D
    Besar maknanya untuk kita umat islam..=D

    BalasPadam
  6. Selamat menyambut Nuzul Quran.

    BalasPadam