Header Ads

Perempuan Yang Hebat

Assalaimualaikum ..


Credit kosmo

Hai korang, kagum aku dengan wanita dari india ni.. Arunima Sinba yang berumur 25 tahun telah menawan gunung Everest dengan satu kaki jer.. Beliau ialah wanita pertama dari india yang telah berjaya walaupun dalam keadaan yang tak sempurna..

Sedikit petikan dari akhbar kosmo..

Dia yang baru berusia 23 tahun ketika itu sedang dalam perjalanan menaiki kereta api dari Lucknow ke Delhi untuk menghadiri satu temuduga telah disamun sekumpulan penjenayah.

Tanpa belas kasihan dia ditumbuk, ditendang dan lebih malang turut dicampak ke luar kereta api yang ketika itu sedang bergerak laju.

"Sebuah kereta api tiba-tiba muncul dari laluan bertentangan dan terus menggilis kaki kiri saya menyebabkan saya tidak sedarkan diri," katanya ketika menceritakan tragedi yang menimpanya kira-kira dua tahun lalu.


Dia dirawat di hospital tempatan sebelum dipindahkan ke sebuah kolej perubatan di Lucknow. Selain mengalami kecederaan parah di tangan dan kepala, kaki kirinya juga dipotong sehingga ke paras bawah lutut bagi mengelakkan jangkitan kuman.Baca selebihnya disini..

Kagum dengan semangat dan kesungguhannya.. Malu lak aku yang sempurna ni takde pun semangat macam tu.. Baca kisah beliau bagai memberi motivasi kat aku..


4 ulasan:

  1. Subhanallah..
    Kuat betul semangat dia..
    Betul tu malu je dgn dia..Ni nak upgrad diri ni..
    Kalau dia p Everest kita p Broga Hill dah la.. ;p

    BalasPadam