Kereta Kemik

Assalaimualaikum ..


Pak Pandir baru habis main bola sepak dan berjalan menuju ke kereta. Tiba di keretanya, Pak Pandir dapati ada kesan kemik di sebelah pintu pemandu keretanya seperti terkena bola sepak.

Keesokan harinya, Pak Pandir membawa kereta itu ke workshop. Mekanik di workshop tu yang sememangnya tahu akan ke'bendul'an Pak Pandir, cuba nak mempermainkan Pak Pandir. Dia memberitahu, sekiranya Pak Pandir meniup melalui lubang ekzos keretanya itu... pintu yang kemik itu akan kembung kembali dan keretanya akan kelihatan seperti sediakala.

Maka, Pak Pandir pun pulang ke rumah dan mula meniup melalui lubang ekzos keretanya itu. Tiada apa-apa yang berlaku. Pak Pandir meniup dengan lebih kuat lagi namun tetap juga tiada apa-apa yang berlaku.

Teman serumahnya, Luncai keluar dan bertanya, "Apa hang buat tu?" Pak Pandir menjelaskan kepada Luncai bagaimana mekanik di workshop tadi telah mengarahkannya untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemikan di pintu keretanya akan kembung semula.

Luncai menggeleng-gelengkan kepala, ketawa berdekah-dekah sambil berkata, "HELLLLO!! Awat la hang ni mangkuk sangat? Hang kena tutup semua cermin tingkap kereta ni dulu!"

Kah! Kah! Kahh!!!

Credit pada tuan punya cerita ni..



Kereta Kemik

0 comment... add one now